makna usrah dari segi bahasa sahaja sudah membawa makna yang sangat mendalam,yakni الدرع(perisai yang melindungi diri),الحصينة(kekuatan)
usrah diibaratkan seperti nurseri yang membina anak-anak yang di dalamnya,memelihara dan melindungi serta menjadikan mereka kuat seperti perisai.
Sejarah usrah bermula dengan kepekaan seorang pemuda terhadap apa yang telah berlaku kepada dunia. Ketika jatuhnya khilafah, Imam as-syahid Hassan Al banna antara pemuda yang terkesan dengan peristiwa itu dan beliau tidak berdiam diri dan mengambil inisiatif untuk mengembalikan kembali khilafah yang telah jatuh itu. Beliau mengkaji untuk mendapatkan sebab dan resolusi bagi menyelesaikan perkara ini. Hasil kajiannya mendapati sebab terbesar kepada kerosakan dan keruntuhan masyarakat adalah kerana runtuhnya institusi kekeluargaan ketika itu. Maka beliau mengambil inisiatif membina kembali sistem kekeluargaan(usrah),kerana pembentukan individu-individu yang paling berkesan adalah bermula dengan pembinaan di dalam keluarga. Maka terbentuklah sistem yang dipanggil "USRAH"
kenapa "usrah" "keluarga"?
kerana usrah adalah kehidupan(حياة), usrah adalah ikatan(رابطة), usrah adalah berterusan(مستمرة), usrah adalah penyambungan hati(تواصل القلب)
adakah sudah terbentuk semua ini di dalam usrah kita? Andai belum, maka ia belum benar-benar usrah. Sama-sama kita muhasabah dan terus berdoa...
usrah yang berkesan ialah usrah yang ber"follow up", umpama seorang ibu yang menatang anaknya bagai minyak yang penuh.. Ayuh para murobbi sekalian antunna bukan sekadar guru yang memberi ilmu, tapi antunna adalah ibu, pemimpin, ustaz, dan sahabat. Tanggungjawab besar yang tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa dan bersahaja. Tidak terbatas kepada pertemuan usrah yang 3 jam itu sahaja, tetapi meliputi seluruh kehidupan. Mana mungkin seorang ibu melihat dan menyantuni anaknya selama 3 jam sahaja dalam seminggu. Anggaplah anak-anak ini umpama pokok yang perlu disiram dan dibaja setiap hari untuk mencambahkan, menyuburkan dan membesarkannya. Moga satu hari nanti ia bisa bercambah dan memberi manfaat kepada yang lain.
*Anak-anakku, selamat berlatih menjadi "ibu" sebelum menjadi ibu yang hakiki..:)
usrah adalah kaedah asas membina masyarakat dan murobbi adalah batu asas kepada binaan itu. Andai murobbi terjatuh, maka akan jatuhlah kesemua batu-bata itu....
*moga diri ini bisa menjadi ibu yang solehah buat anak-anak....العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
bayt irsal,11.30 p.m