Kalimah jahiliyyah berasal daripada perkataan jahala yang membawa makna tidak tahu atau bodoh.Bila
menyebut perkataan jahiliyyah kita akan mengimbas kembali sifat-sifat orang jahiliyyah pada zaman
Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam.
Antara sifat-sifat jahiliyyah zaman itu:
1)membunuh anak perempuan
2)minum arak
3)berzina
Kita ambil contoh yang paling mudah iaitu Umar Al-Khattab.Ketika zaman jahiliyyahnya beliau seorang yang
sangat dahsyat jahiliyyahnya sehinggakan beliau pernah membunuh anak perempuannya sendiri.Tetapi setelah
memeluk islam beliau secara totally telah membuang sifat jahiliyyahnya.Maka kesan yang boleh kita lihat
beliau menjadi seorang yang sangat core di dalam islam.
Bagaimana pula dengan kita??adakah kita sudah meninggalkan jahiliyyah secara total atau masih ada lagi sisa
baki jahiliyyah itu dalam diri kita.
Justeru itu,setiap mukmin tidak cukup untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan rasulnya
sahaja,bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj(sistem) islam
Dia mestilah meninggalkan jahiliyyah secara total.Ini adalah kerana islam tidak menerima sebarang
pencampuran.Atau nama lainnya jahiliyyah vs islam,samaada anda mahukan islam atau jahiliyyah.Tiada
pertengahan antara keduanya.
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam agama islam sepenuhnya(total)
dan janganlah kamu mengikut kehendak syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagi kamu".
Kalau kita lihat zaman sekarang mengapa masih banyak masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja islam.
Contohnya seperti:
1)buang anak
2)berzina
3)merempit
4)dan banyaaaaaaaaaaak lagi!!
Mereka ini tidak layak dipanggil islam kerana masih ada karat-karat jahiliyyah di dalam diri mereka!!
Nauzubillah semoga kita semua tidak tergolong di dalam golongan itu.Justeru itu,ayuh sahabat sekalian
lakukan perubahan.Tinggalkan jahiliyyah secara total.SAYONARA JAHILIYYAH!!
Cara yang kita boleh gunakan untuk membuang karat jahiliyyah adalah dengan mengenalpasti apakah
perkara jahiliyyah yang ada dalam diri kita dan mencari jalan untuk membuangnya....
Contoh yang boleh saya bawa supaya anda lebih jelas:
Contoh sifat jahiliyyah:suka tengok filem korea yang melalaikan
Cara nak buang:bakar sume cd korea....hehe ni contoh
Jika seseorang itu mempunyai keinginan yang kuat untuk membuang jahiliyyah itu dia akan membuat apa
sahaja untuk menghilangknnya.Sekiranya kita masih tak sanggup untuk melakukannya muhasabahlah diri kita
adakah kita betul2 ingin berubah.JAWAPAN TERLETAK DI TANGAN ANDA.Tepuk dada tanya iman!!
No comments:
Post a Comment