Bercakap sahaja tentang sejarah pasti ada sahaja yang menunjukkan reaksi kebosanan.....
Darilah zaman sekolah rendah,sekolah menengah,sampailah ke universiti susah nak dijumpai mereka yang
benar-benar berminat dengan SEJARAH...
Tetapi adakah kita sedar bahawa sejarahlah yang akan menentukan masa depan kita.
Seperti kata pepatah Kenyataan hari ini adalah mimpi semalam...
Kalau dikaji semula sejarah merupakan satu kehidupan yang sangat panjang dan akan berulang-ulang.Sebagai
contoh yang boleh dibawa di sini penggunaan terompah dan kebaya.
Kedua-dua benda ini pernah menjadi satu trend ketika zaman nenek moyang kita dahulu tetapi cuba lihat
zaman sekarang trend ini kembali semula cuma yang berbezanya dari segi kemodenan benda tersebut..
Akan tetapi asasnya tetap sama....Tak mustahil juga satu hari nanti kita akan menjadi sebahagian daripada
sejarah.
Entahlah tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni hati kecil ini sering berkata:"kenapa apa yang terjadi
zaman sekarang ni macam apa yang diceritakan dalam buku sejarah ye???".
Perang di sana sini,kebangkitan umat islam hampir seluruh dunia,dan macam-macam lagi.Adakah sejarah
dahulu akan berulang???Persoalan yang kita sendiri boleh mencari jawapannya.
Yeah!!berfikir tentang sejarah ni membugah kembali semangatku untuk kembali memperjuangkan
ISLAM,agama yang diwarisi dengan segala kepayahan dan pengorbanan.
Adakah kita hanya ingin melihat agama ini kembali bangkit sedangkan kita tidak menyumbang apa-apa pun...
Seperti yang dikatakan Imam Syahid Hassan Al -Banna"Islam itu pasti akan bangkit satu hari nanti tapi
malulah ketika islam itu bangkit kita bergembira dengannya sedangkan kita tidak menyumbang apa-apa pun
untuk kebangkitannya"....Sama-samalah kita koreksi diri...Buat sahabat seperjuangan sekalian ayuh
bangkitlah!!Tiada lagi masa untuk bersenang-lenang,umat islam sekarang sedang ditindas!!
Buat sahabat perjuangan yang dikasihi!!
No comments:
Post a Comment