Wednesday, December 29, 2010

tekanan yang mendidik jiwa~

MashaAllah hari debaran tiba jugak.

Tadi tasjil madah(subjek) untuk sem yang kedua.Memang rasa seperti sedang berperang.

Time tu macam-macam perasaan datang.Geram,marah,rasa nak nangis dan segala macam rasa lagilah!!

tak tahu nak ungkapkan bagaimana.

Bile dah jadi macam ni barulah nak nak ingat Allah.ASTAGHFIRULLAH...

.Akhirnya dapatlah juga beberapa madah.Tapi yang sedihnya semua subjek yang dapat tu tak seperti yang 

dirancang.Ada subjek  tahun 1,tahun 2,tahun 3,memang pakejlah....huhu.Walaupon sebenarnya saya baru 

tahun satu...Tapi bersyukurlah jugak dari tak dapat langsung..Itu maknanya saya kena lipat gandakan lagi 

usaha.


Tiba-tiba teringat ada ayat quran yang menyebut "Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan kamu 

dengan apa yang kamu tidak mampu"..

Saya berserah kepada tuhan atas segalanya..Nak buat macam mana...Hatta kalau menangis air mata darah

 sekalipon kalau itu yang telah ditetapkan,maka itulah!!

Jadi sama-samalah kita redho dengan ketentuannya...Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya....

Buat sahabat seperjuangan yang dikasihi syukran jazilan atas sokongan dan  dorongan dari antunna..

.Sama-sama kita bersabar dan REDHO dalam menerima ketentuannya...

Yeah...SEMANGAT!!

Monday, December 27, 2010

warkah buat keluarga tercinta

Alhamdulillah...memang rasa sangat seronok yang tak terhingga.Hari ini dapat surat daripada Malaysia.Gembira bukan kepalang rasanya.Terima kasih ya buat keluargaku di Malaysia.Kalian sentiasa dihatiku.Rasa sebak dan sayu bile baca surat dari kalian tp bile mengingatkan kembali perjuangan yang masih belum berakhir ni tak jadi air mata ni nak menitis.InsyaAllah along akan cuba buat yang terbaik..

Buat adik2 yang along kasihi,

Angah.... buat yang terbaik untuk spm taun depan...Along kat sini sentiasa doakan angah.Kuatkan semangat!!Ingat Allah sentiasa bersama hambanya yang ingin berjuang di jalannya....

Nani... buat yang terbaik utk pmr...nani mesti sekarang dah rajin kan???heheh...sajak yang nani tulis tu best tp....sedey kot!!

Ayid...:adik along ni dah semakin besar n bijak...Jangan nakal-nakal tau!!Ayid kan harapan keluarga..Along tak de adik lelaki lain....Nama ayidkan MUJAHID so kenalah jadi mcm pejuang!!

Buat ayahanda dan bondaku....

Doakan anakmu yang jauh diperantauan ini.Tanpa kesungguhan umi dan abuya tak mungkin along jejakkan kaki di sini...Terlalu besar rasanya pengorbanan umi dan abuya...Along sayang umi dan abuya!!

"walaupon kalian jauh di mata namun dekat di hatiku"

syahadatul haq

ape yang dimaksudkan dengan SYAHADAH??semua orang jika ditanya apa itu syahadah maka jawapan

skemanya ialah tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Adakah sekadar itu sudahmencukupi??

erti syahadah yang sebenarnya bukan sekadar kita mengucap kalimah syahadah tetapi ianya 

terlaksana apabila kita melaksanakan syahadah tersebut.Bagaimana caranya??

Tentulah dengan kita menzahirkan syahadah tersebut di dalam perkataan,dan perbuatan kita.

Ramai orang telah membuat anggapan yang salah dengan mengatakan

"aku dah solat dah bayar zakat kira dah sempurnalah islam aku",sedangkan mereka belum lagi menyampaikan

 syahadah itu kepada orang lain.


Syahadah ini terbahagi kpd 2 bahagian iaitu perkataan dan perbuatan:

1) qauliyyah:dengan menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran...

2) fi'liyyah:dengan cara kita mempamerkan islam di dalam akhlaq kita hatta dapat dicontohi oleh orang lain...

Jadi kesimpulannya jangan mudah untuk merasa yang islam kita sudah sempurna dengan hanya melaksanakan

 rukun iman,solat dan sebagainya tp...ingatlah tanggungjawab untuk menyampaikannya juga berada di tangan

 kita...senang cerita tanggungjawab kita belum selesai selagimana masih ada manusia yang belum sampai ke

 telinga mereka risalah syahadah ini....
Teringat kisah sahabat dahulu iaitu mus'ab bin umair.Beliau menyampaikan islam di madinah dengan 

bersungguh sehinggakan tiada satu rumah pon yang tidak diketuk oleh beliau untuk disampaikan risalah suci 

ini...Kita pula bagaimana???

Monday, December 20, 2010

~masa oh masa~

wah cepatnya masa berlalu!!.Rasa macam baru je habes spm...Hari ini adik-adik pulak dah habes spm

.Sangat pantas masa berlalu

.Bila fikir-fikir balik apa agaknya benda yang kita dah buat untuk masa-masa yang dah berlalu ni.

Adakah kita sudah melakukan amar makruf nahi mungkar???

Adakah kita sudah menyumbang sesuatu kepada islam???Atau adakah masa kita hanya habis tanpa ada 

sesuatu yang berguna pon.Astaghfirullah!!

Hari tu saya berpeluang mendengar tazkirah daripada seorang syaikhah ni.Tajuk tazkirah beliau ialah "amar 

makruf nahi mungkar".
Beliau berkata:kita akan berdosa selagimana khalifah belum bangkit,sedangkan kita tidak melakukan sesuatu 

untuk membangkitkan kembali khilafah!!

pang!!rasa seperti terkena tamparan yang hebat mendengar kata-kata itu.Timbul persoalan di benakku...

Adakah aku tergolong dalam golongan itu???Nau'zubillahiminzalik...

Ramai orang yang mengatakan apa yang mereka lakukan tak akan memberi apa-apa effect kepada islam.

Sebagai contoh:buat apa aku nak cegah-cegah maksiat ni.

Kalau aku cegah sorang yang lain buat gak.So,apa kesannya..Lagipon aku ni sape....

Cuba anda bayangkan kalau semua orang bersikap seperti ini,memang sangat mustahillah islam itu akan 

bangkit.

Cuba merasakan bahawa diri kita penting dalam islam maka kita akan cuba buat sesuatu walaupun ianya 

perkara yang kecil.Sama-samalah kita muhasabah diri...

Manalah tahu dengan usaha kita yang sedikit islam itu bangkit,kan besar pahalanya tu!!Masa dah 


semakin suntuk dan islam masih belum bangkit.Ayuh teman-teman mulakan langkah kita sume!!

Tuesday, December 7, 2010

sume manusia pasti akan mati~

Tadi sempat bersembag-sembang dengan kakak serumah.Dia bagitau yang kawan dia baru meninggal 

semalam sebab terlibat dengan kemalangan.Saya terdiam dan berkata dalam hati"memang mati tu akan datang

 bila-bila masa".Tak kiralah orang tu muda ke tua..Fuhh!!Takut rasenye!!Tetiba saya teringat satu kisah benar

ni.Kisah ni berlaku semasa saya dan keluarga berada di sudan....

Satu hari ini, ade pelajar malaysia buat openhouse sempena mereka baru berpindah ke rumah baru.Diorang 

buat  jamuan ni sempena doa kesyukuran pindah kat umah baru.Maka nak dijadikan cerita mereka sangat 

penat dan tidur awal pada hari itu.Maka tanpa disangka-sangka adalah seorang pencuri  ni dah merancang 

nak pecah masuk rumah diorang ni...Memang kena pada masanya...Barang-barang mereka pon still 

berpacking sebab mereka belum sempat berkemas.Maka si pencuri ni pon memulakan kerjanya.Dia ambil 

bungkus-bungkusan itu dan mencampakkan ke luar pagar.Sedang dia sibuk melakukan tugas-tugasnya..Tiba-

tiba,adelah pelajar malaysia ni terjaga.Apa lagi terkejut beruklah si pencuri ni.Dia pon terus berlari dan panjat

 pagar untuk melepaskan diri.Akan tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya..Tahu tak ape terjadi???

Pencuri itu mati di atas pagar!!Innalillahiwainnailaihirajiu'n.Suasana sangat kecoh ketika itu.Polis dan ambulan

 bergegas ke tempat kejadian.Akhirnya 3 orang pelajar malaysia diberkas untuk siasatan lanjut(kerana cap

 tangan mereka ada pada badan mayat).Setelah bedah siasat dilakukan pencuri itu disahkan mati kerana 

masalah jantung..Cerita ini sangat menginsafkan saya....memang kematian tu akan datang tanpa mengira masa

 dan tempat.....Astaghfirullah,sama2lah kita muhasabah diri....(ini adalah kisah benar)

Monday, December 6, 2010

                        terima kasih bagi saya ini!!awak tahu sape awak...


Terima kasih kepada perempuan gulekapash dan budak bunge oren kerana telah menjadi sahabat yang baik untuk saya.Kenangan kita bersama takkan saya lupakan selama-lamanya!!Rasenye belum terlambat untuk saya ungkapkan bahawa"SAYA SAYANG ANDA".Doakan saya di sini diberi kekuatan dan ketabahan.Syukran jazilan atas sokongan kalian selama ini.....

~Jordan oh jordan~

kalo ditanya APA BENDA YANG MENARIK DI JORDAN???antara jawapannye ialah:

1) kita sebagai orang perempuan takkan dibenarkan berdiri dalam bas kerana orang kat sini sangat 
menghormati wanita

2) kalo naik teksi wajib bagi salam kalo tidak dikira TAK BERADAB!!

3) kat sini pegi mane2 pon naik teksi sbb berlambak sgt teksi dan murah tak macam kat malaysia..(teksi 
mahal)

4) banyak sangat tempat bersejarah untuk dilawati(laut mati,kubu rom,maqam2,petra,dan mcm2 lagi)

5) kat sini susah atau kata lainnya mmg tak pernah nampak orang bawa motor...So,tak byklah accident teruk2 mcm kat malaysia


6) Sini adalah bumi berkah dan InsyaAllah doa mudah dimakbulkan(so,kalo nak cakap benda tak elok kena
hati-hati)

7) Orang kat sini lawa2..so,kalo orang sederhana macam kita ni tak delah kena kacau 
sangat...hehe(agaknyelah)

8) kat sini ade musim sejuk..kadang2 salji pon ade.

9) Orang kat sini bawa kereta lajuuuuuuuuu sangat,so ape yang bestnye??jawapannya kita akan cepat sampai
ke destinasi..hehe

10) Makanan kat sini sedap2(syawarma,pizza,dan halawiyat)macam mane nak kurus ni???

11) orang kat sini tak malu nak jawab soalan walaupun salah!!

12) kalau hari raya haji boleh tengok kambing kat tepi-tepi jalan,kadang-kadang kat koridor kedai.MENAKJUBKAN!!


Kalo ditanya mengenai PERKARA YANG TIDAK DISUKAI pula???

1) Banyak sangat orang merokok.Nak kata begitu dahsyat sampai dalam kelas pon ade orang merokok.

2) Orang di sini suka sangat buang sampah rata-rata.Kalau kat malaysia orang malu nak buang sampah depan
orang lain,manakala kat sini sebaliknya...hish..hish

3) Kat sini sume orang pompuan ade bonggol unta di kepala.Ape maknenye tu.bukan haram ke???ntahlah tapi itulah hakikatnya.

4) Dalam perjalanan saya ke universiti,saya dapat melihat pelbagai pemandangan yang kurang enak(couple 

yang sangat banyak)hatta dalam universiti islam..tak taulah ape nak jadi dengan remaja zaman sekarang.

5)orang kat sini suka sangat berkelah tak kira kat mana2 pon,asalkan ada rumput..(kadang2 kat tepi highway 
je)

6) Orang kat sini sangat suka minum kopi sampaikan kalo pensyarah tengah mengajar pon dia akan pegang 
cawan kopi.

7) orang jordan akan pandang pelik kalau kita pakai baju kurung berbunga(diorang akan panggil kita taman 
bergerak)

8) kat sini kalau perempuan naik basikal dikira aib.

9) Kat sini rumah orang melayu je banyak sangat lipas(halus2 lagi tu)..Orang kata sebab orang melayu rajin masak..

10) sume benda ada cukai,kalo nak beli topup pon kena bayar cukai...huhu

11) barang-barang sume mahal-mahal sebab duit mereka sangat tinggi.So,kenalah berjimat-cermat.

12) budak-budak kecik suka baling2 batu dan budak2 kat sini kalo jalan sorang2 pon tak de sape heran!!



             Rasenya tu je kot..Sebenarnya banyak je cume nak kena explore lagi!!Value yang boleh saya dapat,jauh perjalanan luas pengetahuan.Ape2 pon MALAYSIA IS THE BEST!!

Thursday, December 2, 2010

ntahlah tak tau nak letak tajuk ape....just nak citer-citer..hehe

perpustakaan universiti yarmouk

Angan-anganku untuk menjejakkan kaki ke bumi ini akhirnya menjadi kenyataan.Antara percaya atau tak

 itulah hakikatnya.Walau apapun saya rasa amat bersyukur kerna bukan semua orang bernasib baik untuk 

datang ke sini.Pada awalnya saya bercadang untuk ambil  kos syariah undang-undang.Saya mempunyai cita-

cita untuk jadi peguam satu hari nanti.Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.Sesampainya 

saya di sini,saya mendapat tahu bahawa tiada seorang pon rakyat malaysia yang mengambil kos itu.Saya pon 

tertanye-tanye takkanlah dalam beratus-ratus orang malaysia takde sorang pon yang amek.Akhirnya soalan 

saya terjawab...undang-undang kat sini manelah same dengan undang-undang di Malaysia.So,takdelah orang 

malaysia amek.Sebab sume orang nak berkhidmat kat tanah air sendiri,mestilah kene belajar undang-undang 

negara sendiri.Agaknyelah..hehe..itu pandangan saya.Anyway memang rasa sangat bertuahlah!!Awal-awal 

memang rasa susah.Yelah bahasa orang bukan senang kita nak terus pick up,perlu step by step.Tapiiiiiiiii 

sekarang dah mula rasa ok sket.Ape yang penting bercakap dan jangan malu bertanya.Kalau tengok orang 

arab diorang memang tak malu untuk bertanya dan menjawab.Lantaklah salah pon bantai je!!Tempat ni 

memang sangat sesuai untuk menuntut ilmu.Ade banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat ilmu yang boleh dapat 

cume kena rajin cari je!!Tu buku-buku yang berlambak kat maktabah tu tengoklah nanti akan kulumat-

lumatkan sehingga hadam...hehe