Monday, December 27, 2010

syahadatul haq

ape yang dimaksudkan dengan SYAHADAH??semua orang jika ditanya apa itu syahadah maka jawapan

skemanya ialah tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Adakah sekadar itu sudahmencukupi??

erti syahadah yang sebenarnya bukan sekadar kita mengucap kalimah syahadah tetapi ianya 

terlaksana apabila kita melaksanakan syahadah tersebut.Bagaimana caranya??

Tentulah dengan kita menzahirkan syahadah tersebut di dalam perkataan,dan perbuatan kita.

Ramai orang telah membuat anggapan yang salah dengan mengatakan

"aku dah solat dah bayar zakat kira dah sempurnalah islam aku",sedangkan mereka belum lagi menyampaikan

 syahadah itu kepada orang lain.


Syahadah ini terbahagi kpd 2 bahagian iaitu perkataan dan perbuatan:

1) qauliyyah:dengan menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran...

2) fi'liyyah:dengan cara kita mempamerkan islam di dalam akhlaq kita hatta dapat dicontohi oleh orang lain...

Jadi kesimpulannya jangan mudah untuk merasa yang islam kita sudah sempurna dengan hanya melaksanakan

 rukun iman,solat dan sebagainya tp...ingatlah tanggungjawab untuk menyampaikannya juga berada di tangan

 kita...senang cerita tanggungjawab kita belum selesai selagimana masih ada manusia yang belum sampai ke

 telinga mereka risalah syahadah ini....
Teringat kisah sahabat dahulu iaitu mus'ab bin umair.Beliau menyampaikan islam di madinah dengan 

bersungguh sehinggakan tiada satu rumah pon yang tidak diketuk oleh beliau untuk disampaikan risalah suci 

ini...Kita pula bagaimana???

No comments: