Tadi sempat bersembag-sembang dengan kakak serumah.Dia bagitau yang kawan dia baru meninggal
semalam sebab terlibat dengan kemalangan.Saya terdiam dan berkata dalam hati"memang mati tu akan datang
bila-bila masa".Tak kiralah orang tu muda ke tua..Fuhh!!Takut rasenye!!Tetiba saya teringat satu kisah benar
ni.Kisah ni berlaku semasa saya dan keluarga berada di sudan....
Satu hari ini, ade pelajar malaysia buat openhouse sempena mereka baru berpindah ke rumah baru.Diorang
buat jamuan ni sempena doa kesyukuran pindah kat umah baru.Maka nak dijadikan cerita mereka sangat
penat dan tidur awal pada hari itu.Maka tanpa disangka-sangka adalah seorang pencuri ni dah merancang
nak pecah masuk rumah diorang ni...Memang kena pada masanya...Barang-barang mereka pon still
berpacking sebab mereka belum sempat berkemas.Maka si pencuri ni pon memulakan kerjanya.Dia ambil
bungkus-bungkusan itu dan mencampakkan ke luar pagar.Sedang dia sibuk melakukan tugas-tugasnya..Tiba-
tiba,adelah pelajar malaysia ni terjaga.Apa lagi terkejut beruklah si pencuri ni.Dia pon terus berlari dan panjat
pagar untuk melepaskan diri.Akan tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya..Tahu tak ape terjadi???
Pencuri itu mati di atas pagar!!Innalillahiwainnailaihirajiu'n.Suasana sangat kecoh ketika itu.Polis dan ambulan
bergegas ke tempat kejadian.Akhirnya 3 orang pelajar malaysia diberkas untuk siasatan lanjut(kerana cap
tangan mereka ada pada badan mayat).Setelah bedah siasat dilakukan pencuri itu disahkan mati kerana
masalah jantung..Cerita ini sangat menginsafkan saya....memang kematian tu akan datang tanpa mengira masa
dan tempat.....Astaghfirullah,sama2lah kita muhasabah diri....(ini adalah kisah benar)
No comments:
Post a Comment