Sekejapnya masa berlalu...pejam celik dah habis dah cuti sem...tapi walau macam mana pun rasa sangat puas kerana berjaya menghabiskan masa cuti dengan baik.
Antara benda-benda yang kami dah lakukan time cuti ni masak-masak bersama kakak-kakak tersayang.
Nak tau apa yang kami masak??sushi,kropok lekor,nasi tomato,roti canai,dan banyak lagi.
Di samping mengisi perut kami juga tidak terlupa untuk mengisi rohani dengan membaca kisah-kisah para
sahabat..
Rasa sangat bersyukur sebab akhirnya dapat juga tahu dengan sedalam-dalamnya perjuangan para sahabat
pada zaman dahulu demi menegakkan syahadatul haq di atas muka bumi ini.
Setiap petang kami duduk bersama dan mendengar kisah tentang perang dari kak zizi.Antaranya perang
muktah,yarmouk,uhud,dan badar.
Kesemua peperangan mempamerkan semangat yang luar biasa di kalangan para sahabat dalam
mempertahankan agama Allah.
Kami juga berkesempatan menziarahi maqam 3 sahabat yang gugur di dalam perang muktah iaitu Zaid bin
harithah,Jaafar bin abi talib,dan Abdullah bin Rawahah.
Rasa sebak ketika mula-mula sampai ke maqam tersebut.Macam tak percaya pon ade!!
Orang yang selam ini kita hanya mendengar cerita tentangnya sudah ada di hadapan kita.
Time kami sedang melayan hiba tiba-tiba seorang pak cik arab datang menyapa kami.Pak cik tu
cakap:"bagilah salam kepada mereka,mereka mendengar salam yang kamu berikan,kerana sesungguhnya
orang yang syahid itu tidak mati sebenarnya".
MashaAllah time tu memang dah tak terkata apa.Rasa sangat terharu!!
Pada keesokan harinya kami melawat ke benteng Salehuddin al ayyubi.
Walaupun percutian kami di sana hanya 2 hari tetapi apa yang kami dapat melebihi dari waktunya.Kami juga
berkesempatan melawat tempat perang yarmouk.
Perang yang diketuai oleh Khalid al walid.Apa Beliau merupakan seorang panglima yang sangat
mantap.
Sehinggakan hampir kesemua peperangan yang diketuai beliau pasti akan mendapat kemenangan...
maka terjadilah satu peristiwa ketika perang ini,beliau mendapat perintah agar meletak jawatan dan digantikan dengan Abdullah bin Rawahah.kenapa???
kerana untuk merasioanalkan pemikiran manusia yang ketika itu sangat ta'asub dengan pemerintahan
khalid.Walaupun sudah tidak berjawatan Khalid tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebaik-baiknya...
Di dalam peperangan ini juga beliau sempat mengislamkan seorang panglima.Erm sememangnya satu peribadi
yang sangat MANTAP!!
Kami juga berkesempatan berukhuwwah dengan akhawat yang datang daripada russia.
Walaupon hanya berjumpa beberapa ketika kehangatannya masih terasa.
Bak kata seseorang di jalan ini kita mengenal ukhuwwah(ikatan simpul mati yang tak akan pernah
putus)SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH!!
Seungguhnya memang susah nak diungkap betapa manisnya berada di jalan ini.Semoga kita sume terus thabat
3 comments:
beznyer dpt melawat tempat sejarah kat sane....
erm,best2!!bile duduk kat sini rase macam minat pulak sejarah....sangat banyak tempat bersejarah kat sini...
*heart bouncing high*
Post a Comment