Thursday, May 26, 2011

        Alhamdulillah.Peperiksaan baru selesai. Sekarang sedang bercuti.Semoga masa yang diberi ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Malam tadi seusai solat maghrib sempat bersembang dengan seorang sahabat seperjuangan.Walaupun luaran nampak kecil molek namun beliau seorang yang sangat kuat. Malam itu kami berkongsi kisah. Sehinggalah masuk ke satu episod yang menyentuh hati.  Jiwa ini menjadi pilu bila memikirkan diri  yang susah untuk bersyukur dengan apa yang sudah diberi. Ini semua dapat dinilai melalui amalan yang dilakukan, tidak pernah setimpal dengan apa yang diberi. 

       Memang besar rupanya peranan "duduk bertemu lutut"ini. Dari situlah kita muhasabah diri dan menyelami hati insan-insan lain. Malam itu kami lebih banyak berbincang mengenai sejarah tarbiyyah dan suasana tarbiyyah institusi keluarga masing-masing. Kami saling bertukar cerita. Memang agak hangat perbincangan itu. Penuh dengan kesayuan dan semangat yang berkobar. Dia   bercerita mengenai keluarganya. Katanya di dalam keluarganya hanya beliau seorang sahaja yang mengikuti tarbiyyah ini sepenuhnya. Berbeza dengan diriku yang sememangnya mempunyai family yang semuanya menjalani sistem ini.

       Sesungguhnya Allah meletakkan seseorang itu sesuai dengan dirinya. Mungkin Allah tahu bahawa beliau mampu untuk berada di situasi itu, lantas Allah meletakkannya di situ. Tidak dapat kubayangkan sekiranya diriku berada di tempat beliau. Alhamdulillah,walaupun family beliau tidak turut serta di dalam sistem ini namun beliau tidak dihalang untuk pergi ke mana-mana program. Teringat kisah seorang sahabat lain yang pernah mengadu ibu bapanya tidak membenarkan beliau mengikuti usrah. Time tu tak tahu nak tolong macam mana. Takkan nak suruh je beliau pergi tanpa pengetahuan ibubapanya. Dalam keadaan sebegini kebijaksanaan amat diperlukan agar kita tidak melakukan apa yang terkeluar daripada landasan islam. 

       Bila dah tengok keadaan orang lain macam tu baru nak rasa bersyukur dengan apa yang ada. Manusia..... manusia.... pernah juga terdengar kisah tentang  Ali bin abi talib yang memeluk islam tanpa pengetahuan ibu bapanya. Apabila ditanya orang kenapa tidak meminta izin ibubapanya. Dengan tegas beliau menjawab"dulu pun ketika ingin lahir ke dunia aku tidak meminta izin daripada ibubapaku". MashaAllah bagaimana begitu kuat orang lain dalam menjaga tarbiyyah yang digenggam. Banyak lagi kisah-kisah yang boleh memberi kita kekuatan untuk melalui jalan yang sukar ini. Seperti kisah ashabul kahfi, bagaimana mereka lari demi menyelamatkan aqidah mereka.Semoga Allah memberiku kekuatan seperti mereka yang lain.Sepatutnya aku yang sudah berada di dalam bia'h ini lebih baik daripada mereka yang lain.......Sesungguhnya perjuangan ini  memang susah dan panjang.Hanya mereka yang terpilih sahaja akan dapat melaluinya sehingga ke penghujung........

       sesungguhnya Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Allah meberi apa yang kita perlu. Sesungguhnya Allah itu sangat memahami akan kehendak makhluq ciptaanya. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat ini...



GENGGAMLAH APA YANG KITA ADA SEERAT-ERATNYA!!







                                             TARBIYYAH SEPANJANG HAYAT.....

Friday, May 20, 2011

Lamenya tak update blog ni...Sibuk dengan exam...nanti lepas exam sambung menulis balik.Banyak sebenarnya benda nak dikongsikan...Inilah kehidupan di bumi Jordan ni..Penuh dengan exam.Sama-sama kita tajdid niat ye...Tadi sembang dengan parents.Semangat datang kembali rasenye...Alhamdulillah..Okey out dulu...nnt lepas exam kita sambung cerita balik ye(^_^)


selamat menghadamkan buku- buku....