Saturday, November 27, 2010

~SAYONARA JAHILIYYAH~

      Kalimah jahiliyyah berasal daripada perkataan jahala yang membawa makna tidak tahu atau bodoh.Bila

menyebut perkataan jahiliyyah kita akan mengimbas kembali sifat-sifat orang jahiliyyah pada zaman 

Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam.

Antara sifat-sifat jahiliyyah zaman itu:

1)membunuh anak perempuan

2)minum arak

3)berzina

Kita ambil contoh yang paling mudah iaitu Umar Al-Khattab.Ketika zaman jahiliyyahnya beliau seorang yang

sangat dahsyat jahiliyyahnya sehinggakan beliau pernah membunuh anak perempuannya sendiri.Tetapi setelah

memeluk islam beliau secara totally telah membuang sifat jahiliyyahnya.Maka kesan yang boleh kita lihat

beliau menjadi seorang yang sangat core di dalam islam.

Bagaimana pula dengan kita??adakah kita sudah meninggalkan jahiliyyah secara total atau masih ada lagi sisa

baki jahiliyyah itu dalam diri kita.                                                                                                                      

     Justeru itu,setiap mukmin tidak cukup untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan rasulnya

sahaja,bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj(sistem) islam

Dia mestilah meninggalkan jahiliyyah secara total.Ini adalah kerana islam tidak menerima sebarang

pencampuran.Atau nama lainnya jahiliyyah vs islam,samaada anda mahukan islam atau jahiliyyah.Tiada

pertengahan antara keduanya.

Firman Allah:

              "Wahai orang-orang yang beriman!Masuklah ke dalam agama islam sepenuhnya(total)

  dan janganlah kamu mengikut kehendak syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh nyata bagi kamu".

Kalau kita lihat zaman sekarang mengapa masih banyak masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja islam.

Contohnya seperti:

1)buang anak

2)berzina

3)merempit

4)dan banyaaaaaaaaaaak lagi!!

Mereka ini tidak layak dipanggil islam kerana masih ada karat-karat jahiliyyah di dalam diri mereka!!

Nauzubillah semoga kita semua tidak tergolong di dalam golongan itu.Justeru itu,ayuh sahabat sekalian

lakukan perubahan.Tinggalkan jahiliyyah secara total.SAYONARA JAHILIYYAH!!

 Cara yang kita boleh gunakan untuk membuang karat jahiliyyah adalah dengan mengenalpasti apakah 

perkara jahiliyyah yang ada dalam diri kita dan mencari jalan untuk membuangnya....

Contoh yang boleh saya bawa supaya anda lebih jelas:

Contoh sifat jahiliyyah:suka tengok filem korea yang melalaikan

Cara nak buang:bakar sume cd korea....hehe ni contoh

Jika seseorang itu mempunyai keinginan yang kuat untuk membuang jahiliyyah itu dia akan membuat apa 

sahaja untuk menghilangknnya.Sekiranya kita masih tak sanggup untuk melakukannya muhasabahlah diri kita 

adakah kita betul2 ingin berubah.JAWAPAN TERLETAK DI TANGAN ANDA.Tepuk dada tanya iman!!

Wednesday, November 24, 2010

~Albi Nadak~Buat sepupu yang kukasihi.....

RINDU????

Rindu??setiap orang pasti pernah mendengar kalimah keramat ini 
kerana saya pasti setiap orang pernah merasainya. 

Saya pernah bertanya kepada seorang sahabat saya apa yang kita perlu lakukan bilamana kita rasa rindu pada sahabat kita yang jauh. 

Jawapan beliau ringkas sahaja"kalau nt rasa rindu nt doakanlah dia". 

Mula2 saya rasa sangsi dengan jawapan beliau. 

Tapiiiiiiii bila difikir-fikirkan ada betulnya.. 

Katakanlah kita duduk jauh dari tanah air,takkan setiap masa kita rindu sahabat kita,kita harapkan dia datang kepada 
kita.....hanya doalah yang mampu kita kirim^_^.. 

Kepada sahabat2 yang pernah mengenaliku dan sekarang ini sudah berjauhan dariku terima kasih atas sume memori yang diberikan tak kiralah memori duka atau memori indah. 

Semuanya akan kuabadikan sepanjang hayatku....walaupun kalian jauh di mata namun dekat di hati ini.

Doaku untuk kalian sentiasa meniti dibibir ini.Saya ingin berkongsi kata-kata ini:
                                     

         UKHUWWAH DOESN'T ALWAYZ NEED TOGETHERNESS,
      DOESN'T NEED EVERYDAY CONVERSATION,
AS LONG AS THE RELATION LIVE IN THE DU;AA      
            IT REMAINS ABADAN-ABADAN......

Tuesday, November 23, 2010

Baru-baru ini saya dan sahabat2 seperjuangan sempat berkunjung ke laut mati..Inilah suasana laut mati pada zaman ini....satu tempat yang pernah dikaitkan dengan azab Allah ke atas kaum nabi Lut.Tapi sekarang tempat ini sudah menjadi tempat peranginan,atau nama lainnya tempat untuk manusia berseronok.Persoalannya "apakah manusia tidak mengambil pengajaran??".Sama-samalah kita muhasabah diri...jawapan terletak dalam diri masing-masing...

PETUA UNTUK HATI~

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
- Artikel iluvislam.com

Sumber Grafik : Koleksi iluvislam.com