Monday, August 15, 2011

di manakah peranan kita???

Kita ingin mendekati hati manusia bukan batu.Perumpamaan ini biasa digunakan bagi mereka yang sedang mentarbiyah atau bahasa mudahnya mendidik  manusia.Berdepan dengan manusia bukan sesuatu yang mudah.Memerlukan kesabaran yang tinggi.Tugas kita di dunia ini amat besar,bukan hanya makan,minum,belajar sahaja bahkan lebih besar daripada itu.Pada zaman ini, ramai manusia berpendapat dengan hanya menunaikan rukun islam yang lima dan rukun iman yang enam,iman mereka sudah sempurna.Pemikiran sebegini harus dibersihkan dengan segera.Allah dan rasul menyuruh kita untuk menyampaikan.Bukan hanya beramal untuk diri sendiri.Adakah kita betul-betul pasti dengan kita seorang sahaja yang baik,sudah pasti kita akan masuk syurga.Sanggupkah kita melihat orang-orang di sekeliling kita dipenuhi dengan maksiat,sedangkan kita hanya melihat tanpa berbuat apa-apa? Lihatlah apa yang berlaku di Acheh,di Jepun....Adakah Allah hanya akan menurunkan azabnya pada orang yang berbuat maksiat di situ? Atau semuanya akan dimusnahkan sama sekali?? kita yang tidak menyampaikan akan turut menerima balasan itu..Astaghfirullah.....


Baru-baru ni ada mendengar sedikit perkongsian daripada seorang ukhti ni berkenaan dengan "bystanding effect".Pernah dengar perkataan tu...Nampak macam asing tapi realiti yang sebenarnya kita sendiri terlibat dengan perkara ini tanpa kita sedari..

Terdapat sebuah video yang  memaparkan tentang pembunuhan seorang wanita di tengah-tengah khalayak ramai.Episod kejadian pembunuhannya dilihat oleh orang sekeliling sejak awal pergelutan tanpa ada seorang pun yang mengambil apa-apa tindakan termasuk menghubungi polis...Kenapa ini terjadi??Kenapa tidak ada yang bertindak??Sedangkan kejadian ketika itu melibatkan nyawa manusia.Ini adalah realiti yang terjadi bukan cerita dongeng.Kes ini antara kes yang rumit dan tidak dapat diselesaikan oleh penyiasat hebat ketika itu.Kes ini melibatkan 38 orang saksi tetapi tidak membuat apa-apa tindakan terhadap pembunuhan itu.Ketika itu negara tersebut dicop sebagai negara yang sudah jatuh nilai kemanusiannya sehinggakan nyawa manusia sudah tidak diambil berat lagi. Setelah kajian dilakukan maka mereka dapat menyimpulkan kes ini dengan 3 kesimpulan:

1)manusia bertindak mengikut reaksi orang lain.Sebagai contoh apabila dia melihat orang lain tidak berbuat apa-apa,dia turut merasakan yang dia jugak tak perlu untuk melakukan apa- apa.

2) Manusia akan rasa bertanggungjawab bila berseorangan.Ketika itu barulah dia merasakan dia akan dipersoal jika tidak bertindak...

3)Manusia merasakan bahawa akan ada manusia lain yang akan melakukannya.

Kenapa perkara sebegini mesti berlaku???Kalau dilihat dari kaca mata kita sebagai seorang muslim  ia boleh diumpamakan seperti orang yang tidak melakukan apa-apa untuk mengubah masyarakatnya.Hanya berdiri dan melihat.Merasakan bahawa ada orang lain yang akan melakukannya.Dan lagi satu mereka tidak mahu melakukan apa yang orang lain tidak buat.Orang lain tak berdakwah,buat apa aku nak berdakwah..Sampai bila kita ingin menjadi seperti ini.Adakah kita hanya ingin melihat islam ditindas sepertimana yang berlaku sekarang ini. Memang benar bahawa satu hari nanti islam itu akan bangkit semula,tapi adakah kita hanya ingin menjadi orang yang tidak malu,bergembira dengan kemenangan islam tetapi tidak menyumbang langsung untuk islam...Tiada masa lagi untuk berdiri dan melihat sahaja..Ayuh mulakan langkah kita!!




mood:sunyi dan tenang
bayt muriyyat,2.20 a.m