Sunday, March 3, 2013

Fatrah exam sudah bermula. Jom sama-sama tajdid niat sahabat semua, moga Allah nilai segala usaha kita. Tiada masa untuk main-main lagi. Ummah perlu diselamatkan. Mungkin langkah awal yang kita boleh buat ialah dengan belajar bersungguh-sungguh mulai sekarang. Besarkan skop kita belajar bukan sekadar untuk berjaya dalam peperiksaan tetapi untuk naikkan islam semula. InsyaAllah kejayaan akan bisa dikecapi. Saling mendoakan ye sahabat sekalian!!

ucapan khas untuk ahli bayt tercinta:BITTAUFEQ WANNAJAH!!

  " من جد وجد ومن زرع حصد"


bilik study bayt irsal,10.32 p.m
with ukhti U,S,F,A,N

Friday, March 1, 2013

Ahlul badr~

menyusuri kisah ahli badar, ahli furqan,
menguatkan ingatanku terhadap mereka,
kerinduan yang tidak pernah padam, malahan makin hari makin dalam,
jauh di sudut hatiku berazam untuk menjadi seperti mereka,
mereka yang pertama mendokong islam,
mereka yang bermati-matian pertahankan islam,
mereka yang menaikkan islam,
ketikamana ramai yang menjatuhkan islam,
mereka yang menjadi tulang belakang islam...

Ahlul badr,
kalian sangat hebat,
hebat di dunia,
hebat juga di akhirat,
jumlah yang sedikit tidak pernah mematahkan semangat kalian,
kerana keyakinan yang kuat bahawa Allah akan membantu segalanya..
ya!kalianlah hero dimataku....



bayt irsal,10.25 p.m