Tuesday, January 10, 2012

bangkitlah pemuda!!

Alhamdulillah Allah memberi kesempatan pada hari ini untuk terus hidup dalam nikmat iman dan islam. Dah lama rasanya tidak menulis kerana kekangan masa. Moga masa-masa yang telah berlalu dinilai oleh Allah.Sangat takut andai kata masa yang telah berlalu itu telah digunakan ke arah yang tidak sepatutnya, moga Allah mengampunkan. Berada di luar negara ini kadang-kadang membuatkan diri ini terlupa untuk mengambil tahu apa yang berlaku di negara sendiri(Malaysia). Diri ini  terlalu selesa berada di negara yang dikatakan penuh barokah ini, sangat selesa dengan suasana yang penuh dengan budaya islam. Memberi salam apabila menaiki teksi, belajar dengan pensyarah yang bercakap di dalam bahasa arab(bahasa syurga), kaum adam yang sangat menghormati kaum hawa. Walaupun nilai islam itu sudah semakin pudar namun saki bakinya masih ada.
        
          Walaupun begitu, saya tetap kena ingat yang saya juga mempunyai tempat asal yang saya juga harus ambil tahu tentangnya. Rasulullah bersabda"bukan daripada kalangan kami mereka yang tidak mengambil tahu urusan muslimin" Saban hari saya membaca berita tentang apa yang terjadi di negara saya, hati ini menjadi duka. Maksiat semakin berleluasa, kes zina semakin meningkat, kes dadah, kes buang anak, dan pelbagai lagi. Di manakah perginya mereka yang pernah belajar agama satu masa dahulu, ke manakah perginya orang yang diberi kefahaman tentang islam?, dimanakah para pemuda yang sepatutnya menaikkan islam yang telah jatuh? zasssss... rasa terkena batang hidung sendiri. Sangat besar sebenarnya tugas kita yang bergelar pemuda. Dimanakah  kita menyorok di saat masyarakat berada dalam kegelapan?? Tepuk dada tanya iman. Adakah kita dilahirkan sia-sia?? Tidak!!Ada matlamat yang harus kita capai dalam hidup ini , ada tugas besar yang harus kita pikul.
          
         Ramai pemuda zaman ini telah rosak akibat diracuni oleh pemikiran-pemikiran orang-orang barat. Adakah kita sedar kita sedang diperkotak-katikkan oleh mereka?? Mungkin ramai yang tidak sedar kerana tidak ada peperangan di negara kita seperti yang berlaku di Palestin, tetapi sebenarnya kita diserang lebih dahsyat lagi daripada peperangan itu. Kita telah diserang pemikiran! Kita dilalaikan dengan perkara yang membuatkan kita lupa kepada tuhan, membuatkan kita jauh daripada agama. Nampaknya mereka telah berjaya melihatkan kepada apa yang telah berlaku kepada masyarakat kita sekarang..T_T.Pemuda sekarang disibukkan dengan facebook, akademi fantasia, fesyen-fesyen yang seksi dan sebagainya.

 kata-kata seorang yahudi
"Tujuan kita bukanlah untuk menarik mereka (orang islam)ke dalam agama kristian,Bukan...bukan itu tujuannya, tetapi tujuan utama kita adalah untuk menjauhkan mereka daripada nilai-nilai keislaman dalam diri mereka"

          Hasil daripada kesemua ini menghasilkan kesan yang lebih teruk lagi. Kesan yang bisa menghancurkan masyarakat kita. Di manakah peranan pemuda yang sepatutnya menjadi tunggak negara? "Pemuda yang sepatutnya menjadi tiang negara,andai kata rosak pemuda di zaman itu maka akan rosaklah negara"
         
          Jom kita sama-sama ambil contoh pemuda yang telah menyerahkan kehidupan mereka untuk islam dan ummah. Yang pertama sultan muhammad al-fatehsalehuddin al-ayyubi, dan tariq bin ziyad
Mereka telah membuktikan masa muda mereka telah dihabiskan dengan sebaiknya. KITA pula bagaimana?? Kita lebih tahu apa yang kita dah lakukan untuk islam dan untuk ummat kita. Allah telah menjanjikan bahawa satu hari nanti islam akan kembali menang, akan tetapi malulah kita sekiranya kita tidak memberi apa-apa sumbangan untuk kemenangan islam. Sekurang-kurangnya kita jadilah salah satu daripada batu-bata bangunan islam itu.

Firman Allah(s.w.t)

"Wahai orang-orang yang beriman masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu" {albaqarah-208}

Wahai pemuda sekalian sama-samalah kita kembali ke pangkal jalan. Sedarlah tanggungjawab pemuda itu sangat besar untuk ummahnya…..