Tuesday, September 27, 2011

Muhasabah dirimu....

Hidup ni tak selalunya ideal.Bak kata seorang ukhti ni, tak semua benda yang kita nak,kita akan dapat!! Memang kena selalu ingatkan diri ini. Selalu je nak yang sempurna tapi usaha tak sesuai dengan kehendak. Kita selalu memberi harapan yang tinggi untuk sesuatu perkara tu sedangkan Allah bukan melihat pada hasil tetapi pada usaha kita. Sekarang ni sedang berada dalam fatrah mencari peribadi-peribadi yang dapat bersama-sama memperjuangkan agama ini. Berusaha untuk memberi kefahaman dengan apa yang dipelajari sebelum ini. Semuanya bakal tercurah sedikit demi sedikit. Semoga ianya tercurah dengan baik dan mampu membasahi mereka juga. Andai kefahaman ini tidak dicurah dan dialirkan ia bisa membusuk dan tidak berguna lagi. Seperti perumpamaan arab"ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah". Kita ingin menjadi manusia "wajib" kepada manusia lain di mana ketika kita tiada dia akan merasai kehilangan dan ketika kita ada mereka akan merasa keperluan kita untuk mereka. Menjadi orang yang memberi manfaat kepada manusia lain. Kita tak nak menjadi manusia "makruh" yang jika tiada lebih baik dan jika ada tidak mendatangkan manfaat malah memburukkan keadaan. Sama-sama muhasabah diri dalam golongan manakah kita. Kadang-kadang kita selalu lupa apa matlamat sebenar kita. Memang betul manusia mudah lupa.Sebab tu kena tajdid(perbaharui)niat selalu. Kena selalu ingatkan diri,seperti kata muadz bin jabal"mari duduk beriman sejenak".Diri ini memang sentiasa perlu diingatkan agar tidak tersasar dari tujuan yang sebenar. Setiap hari kita perlu ada masa untuk muhasabah diri. Muhasabah ke mana perginya masa-masa kita setiap hari,ke mana harta kita belanjakan,ke mana tenaga kita disalurkan. MashaAllah!!sangat takut bila memikirkan persoalan-persoalan ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita setiap masa.Kasih sayang Allah itu lebih berharga daripada segalanya...


Bersatu dalam memikul beban dakwah mu.



Hanya redho Allah matlamat utama


Jangan pernah berhenti muhasabah diri.....
kemana masa kita pergi??
ke mana harta kita digunakan??
ke mana tenaga kita digunakan??


"SEMOGA SETIAP HEMBUSAN NAFAS KITA DINIATKAN KERANA ALLAH"




bayt islah,irbid
9.33p.m

Monday, August 15, 2011

di manakah peranan kita???

Kita ingin mendekati hati manusia bukan batu.Perumpamaan ini biasa digunakan bagi mereka yang sedang mentarbiyah atau bahasa mudahnya mendidik  manusia.Berdepan dengan manusia bukan sesuatu yang mudah.Memerlukan kesabaran yang tinggi.Tugas kita di dunia ini amat besar,bukan hanya makan,minum,belajar sahaja bahkan lebih besar daripada itu.Pada zaman ini, ramai manusia berpendapat dengan hanya menunaikan rukun islam yang lima dan rukun iman yang enam,iman mereka sudah sempurna.Pemikiran sebegini harus dibersihkan dengan segera.Allah dan rasul menyuruh kita untuk menyampaikan.Bukan hanya beramal untuk diri sendiri.Adakah kita betul-betul pasti dengan kita seorang sahaja yang baik,sudah pasti kita akan masuk syurga.Sanggupkah kita melihat orang-orang di sekeliling kita dipenuhi dengan maksiat,sedangkan kita hanya melihat tanpa berbuat apa-apa? Lihatlah apa yang berlaku di Acheh,di Jepun....Adakah Allah hanya akan menurunkan azabnya pada orang yang berbuat maksiat di situ? Atau semuanya akan dimusnahkan sama sekali?? kita yang tidak menyampaikan akan turut menerima balasan itu..Astaghfirullah.....


Baru-baru ni ada mendengar sedikit perkongsian daripada seorang ukhti ni berkenaan dengan "bystanding effect".Pernah dengar perkataan tu...Nampak macam asing tapi realiti yang sebenarnya kita sendiri terlibat dengan perkara ini tanpa kita sedari..

Terdapat sebuah video yang  memaparkan tentang pembunuhan seorang wanita di tengah-tengah khalayak ramai.Episod kejadian pembunuhannya dilihat oleh orang sekeliling sejak awal pergelutan tanpa ada seorang pun yang mengambil apa-apa tindakan termasuk menghubungi polis...Kenapa ini terjadi??Kenapa tidak ada yang bertindak??Sedangkan kejadian ketika itu melibatkan nyawa manusia.Ini adalah realiti yang terjadi bukan cerita dongeng.Kes ini antara kes yang rumit dan tidak dapat diselesaikan oleh penyiasat hebat ketika itu.Kes ini melibatkan 38 orang saksi tetapi tidak membuat apa-apa tindakan terhadap pembunuhan itu.Ketika itu negara tersebut dicop sebagai negara yang sudah jatuh nilai kemanusiannya sehinggakan nyawa manusia sudah tidak diambil berat lagi. Setelah kajian dilakukan maka mereka dapat menyimpulkan kes ini dengan 3 kesimpulan:

1)manusia bertindak mengikut reaksi orang lain.Sebagai contoh apabila dia melihat orang lain tidak berbuat apa-apa,dia turut merasakan yang dia jugak tak perlu untuk melakukan apa- apa.

2) Manusia akan rasa bertanggungjawab bila berseorangan.Ketika itu barulah dia merasakan dia akan dipersoal jika tidak bertindak...

3)Manusia merasakan bahawa akan ada manusia lain yang akan melakukannya.

Kenapa perkara sebegini mesti berlaku???Kalau dilihat dari kaca mata kita sebagai seorang muslim  ia boleh diumpamakan seperti orang yang tidak melakukan apa-apa untuk mengubah masyarakatnya.Hanya berdiri dan melihat.Merasakan bahawa ada orang lain yang akan melakukannya.Dan lagi satu mereka tidak mahu melakukan apa yang orang lain tidak buat.Orang lain tak berdakwah,buat apa aku nak berdakwah..Sampai bila kita ingin menjadi seperti ini.Adakah kita hanya ingin melihat islam ditindas sepertimana yang berlaku sekarang ini. Memang benar bahawa satu hari nanti islam itu akan bangkit semula,tapi adakah kita hanya ingin menjadi orang yang tidak malu,bergembira dengan kemenangan islam tetapi tidak menyumbang langsung untuk islam...Tiada masa lagi untuk berdiri dan melihat sahaja..Ayuh mulakan langkah kita!!




mood:sunyi dan tenang
bayt muriyyat,2.20 a.m

Monday, July 4, 2011

Ya Allah berilah kekuatan kepada hambamu ini untuk terus meniti cabaran di hari-hari yang mendatang.Sesungguhnya perjuangan ini membutuhkan pengorbanan yang luar biasa.Kau eratkanlah hubungan sesama kami agar mudah untuk kami bersama-sama memperjuangkan agamamu.Terima kasih kerana engkau memberiku sahabat-sahabat yang memahami dan mempunyai matlamat yang sama untuk menegakkan syariatmu...


khas buat teman yang bersama di kala susah dan senang

Thursday, May 26, 2011

        Alhamdulillah.Peperiksaan baru selesai. Sekarang sedang bercuti.Semoga masa yang diberi ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Malam tadi seusai solat maghrib sempat bersembang dengan seorang sahabat seperjuangan.Walaupun luaran nampak kecil molek namun beliau seorang yang sangat kuat. Malam itu kami berkongsi kisah. Sehinggalah masuk ke satu episod yang menyentuh hati.  Jiwa ini menjadi pilu bila memikirkan diri  yang susah untuk bersyukur dengan apa yang sudah diberi. Ini semua dapat dinilai melalui amalan yang dilakukan, tidak pernah setimpal dengan apa yang diberi. 

       Memang besar rupanya peranan "duduk bertemu lutut"ini. Dari situlah kita muhasabah diri dan menyelami hati insan-insan lain. Malam itu kami lebih banyak berbincang mengenai sejarah tarbiyyah dan suasana tarbiyyah institusi keluarga masing-masing. Kami saling bertukar cerita. Memang agak hangat perbincangan itu. Penuh dengan kesayuan dan semangat yang berkobar. Dia   bercerita mengenai keluarganya. Katanya di dalam keluarganya hanya beliau seorang sahaja yang mengikuti tarbiyyah ini sepenuhnya. Berbeza dengan diriku yang sememangnya mempunyai family yang semuanya menjalani sistem ini.

       Sesungguhnya Allah meletakkan seseorang itu sesuai dengan dirinya. Mungkin Allah tahu bahawa beliau mampu untuk berada di situasi itu, lantas Allah meletakkannya di situ. Tidak dapat kubayangkan sekiranya diriku berada di tempat beliau. Alhamdulillah,walaupun family beliau tidak turut serta di dalam sistem ini namun beliau tidak dihalang untuk pergi ke mana-mana program. Teringat kisah seorang sahabat lain yang pernah mengadu ibu bapanya tidak membenarkan beliau mengikuti usrah. Time tu tak tahu nak tolong macam mana. Takkan nak suruh je beliau pergi tanpa pengetahuan ibubapanya. Dalam keadaan sebegini kebijaksanaan amat diperlukan agar kita tidak melakukan apa yang terkeluar daripada landasan islam. 

       Bila dah tengok keadaan orang lain macam tu baru nak rasa bersyukur dengan apa yang ada. Manusia..... manusia.... pernah juga terdengar kisah tentang  Ali bin abi talib yang memeluk islam tanpa pengetahuan ibu bapanya. Apabila ditanya orang kenapa tidak meminta izin ibubapanya. Dengan tegas beliau menjawab"dulu pun ketika ingin lahir ke dunia aku tidak meminta izin daripada ibubapaku". MashaAllah bagaimana begitu kuat orang lain dalam menjaga tarbiyyah yang digenggam. Banyak lagi kisah-kisah yang boleh memberi kita kekuatan untuk melalui jalan yang sukar ini. Seperti kisah ashabul kahfi, bagaimana mereka lari demi menyelamatkan aqidah mereka.Semoga Allah memberiku kekuatan seperti mereka yang lain.Sepatutnya aku yang sudah berada di dalam bia'h ini lebih baik daripada mereka yang lain.......Sesungguhnya perjuangan ini  memang susah dan panjang.Hanya mereka yang terpilih sahaja akan dapat melaluinya sehingga ke penghujung........

       sesungguhnya Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi Allah meberi apa yang kita perlu. Sesungguhnya Allah itu sangat memahami akan kehendak makhluq ciptaanya. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat ini...



GENGGAMLAH APA YANG KITA ADA SEERAT-ERATNYA!!







                                             TARBIYYAH SEPANJANG HAYAT.....

Friday, May 20, 2011

Lamenya tak update blog ni...Sibuk dengan exam...nanti lepas exam sambung menulis balik.Banyak sebenarnya benda nak dikongsikan...Inilah kehidupan di bumi Jordan ni..Penuh dengan exam.Sama-sama kita tajdid niat ye...Tadi sembang dengan parents.Semangat datang kembali rasenye...Alhamdulillah..Okey out dulu...nnt lepas exam kita sambung cerita balik ye(^_^)


selamat menghadamkan buku- buku....







Thursday, April 28, 2011

Buat insan  yang sudah sekian lama kurindui,

Seronok sangat lihat insan ini ceria pada hari ini,

Senyumannya menambah seri ukhuwwah kita semua,

Senyuman yang sudah lama dinantikan akhirnya sudah kembali lagi,

Walaupun pada zahirnya aku seperti tidak mengendahkanmu,

Namun jauh di sudut hatiku meronta agar kau yang dulu kembali semula...

Wahai adikku antara kita tidak pernah ada bezanya,

Setiap kita ada kelebihan masing-masing,

Kita saling melengkapi antara satu sama lain,

Usahlah engkau gusar akan kekuranganmu,

Kerna di mata kami kau punya kelebihan tersendiri,

Kususun sepuluh jari memohon kemaafan,

Atas segala khilaf selama ini,atas segala hak yang tak tertunai,

Sesungguhnya daku memang tidak berniat menyakitimu,

Kerna ku MENYAYANGIMU wahai adikku,

Kembalilah wahai dirimu yang dahulu,

Kita mulakan hidup yang baru....






mood: rindu + sayang......
bayt islah 8:15 p.m

Sunday, April 24, 2011

kisah hari ini..........

       Rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan kami dengan seorang  insan yang teramat istimewa. Masih fresh di ingatan ketika first time jumpe insan ni.hee~ 
"macam garang je kakak ni".Walaupun time tu kakak tu tersenyum tetap nampak macam garang. Maybe sebab die berjawatan***** hehe.. Agaknyelah!! Padahal setiap kali berjumpa dengan kami dia mesti tersenyum...Namun hati kami tetap mengatakan dia garang... Adui... 
     
       Itu kisah dahulu. Time tu tak kenal lagi, sehinggalah satu malam tu kami bersama bagi sesi  "luahan hati". Barulah kami saling mengenali antara satu sama lain. Betullah kata pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta". Bermula dari saat itu pertemuan kami bukan lagi pertemuan yang kosong tetapi pertemuan yang sangat bermakna. Rupa-rupanya di sebalik ketegasan wajahnya, beliau seorang yang penyayang, mudah mesra, dan suka berjenaka. 
       
       Dari hari ke hari simpulan ukhuwwah kami semakin kukuh diibaratkan seperti hydrogen yang bercantum dengan oxygen membentuk air... Sukar untuk dipisahkan.. Yeah!! nampaknya kami semua sudah jatuh hati dengan insan ini.. Betapa nikmatnya perasaan ukhuwwah ini!! Susah senang bisa bersama. Sedar tak sedar insan ini akan bersama kami lagi beberapa ketika sahaja di bumi jordan ini. Masa memang sangat mencemburui kita semua!! Terasa sekejap detik perkenalan ini. Walau bagaimanapun perjuangan akan tetap diteruskan. Jangan risau ye kak,kami akan sambung perjuangan akak di sini... Bertemu dan berpisah memang lumrah kehidupan...
       
       Persediaan yang teliti dan mantap harus disediakan bagi mengelakkan berlakunya "banjir besar "di airpot Queen Alia.hehe... Hari ini insan ini telah belanja kami makan "Golden Blue" di dalam jamia'h yarmouk. Inilah "Golden Blue"yang paling sedap yang pernah kami rasa. Sangat lain rasanya dengan yang sebelum ini... Tau-tau jelah kenape ye... TERIMA KASIH  banyak-banyak ye kak!! kenangan ini akan tersimpan kukuh di memori kami selamanya.Bak kata seseorang ni"nanti lepas ni, makan Golden Blue mesti ingat akak"....Walaupon kita bakal berjauhan namun hati kita tetap bersama selamanya....Sayang akak kerana Allah!!! 
       
        Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami dengan insan ini. Engkau peliharalah dia di mana sahaja dia berada,berilah kekuatan kepadanya untuk terus thabat di atas jalanmu, sesungguhnya kami amat menyayanginya... Ya Allah kekalkanlah kasih sayang ini hingga ke syurga ...



                                 semoga ukhuwwah kita berkekalan selamanya.........



p/s:sedeynya kakak2 dah nak balik .... rase macam nak duduk dengan mereka setiap masa je sekarang ni .... Ya Allah jadikanlah kami kuat dan tabah seperti kakak-kakak ini .... Semoga kami bisa menyambung perjuangan mereka di sini .....

Wednesday, April 20, 2011

sambungan kisah semalam......

         Setelah nabi tersebut selesai melaksanakan tugasnya maka baginda bertanya kepada Allah apa hikmah disebalik perkara yang baginda lakukan agar baginda bisa mendapat sesuatu pelajaran daripadanya...

Maka Allah pun menjawab persoalan baginda:

Perkara pertama: Bukit hitam yang dimaksudkan ialah kemarahan. Semakin kita menelan kemarahan, semakin kita akan merasai kemanisan atas kesabaran kita itu. Walaupun nampak susah untuk melakukannya tetapi kita mampu sebenarnya... Oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar ketika marah(^_^)

Perkara kedua: Harta karun yang ditanam tapi terkeluar kembali ialah analogi untuk amalan baik kita. Walaupun kita sentiasa cuba untuk tidak menunjuk-nunjuk(riak)kepada manusia lain, amalan itu tetap akan terzahir.. Sebagai contoh orang yang sentiasa berbuat baik akan dipandang dan dihormati orang walaupun dia tidak menunjuk-nunjuk, kerana kebaikan itu akan terzahir dengan sendirinya.

Perkara ketiga dan keempat: analogi burung kecil dan burung besar. Burung kecil itu diumpamakan sebagai amanah. Burung itu meminta agar nabi melindunginya daripada burung besar itu. Manakala burung  besar diumpamakan sebagai mereka yang meminta ditunaikan hajat/keperluan. Sebagai muslim kita hendaklah menjaga amanah dan tidak boleh sama sekali mengkhianatinya. Sebagai seorang muslim juga, kita hendaklah sedaya upaya menunaikan hajat sahabat kita. Jangan kita menjadikan mereka lebih berputus asa daripada rahmat Allah.. Cubalah lakukan yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita...

Perkara terakhir: bangkai itu ialah diumpamakan sebagai Ghibah(mengumpat). Maka hendaklah kita lari dan menjauhinya...


Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.....

sayang sahabat kerana Allah salah satu cara mencapai halawatul iman....


#Selesai sudah kisah ini.. Macam mana dengan tekaan anda semua??? hehe... Kisah ini dipetik daripada buku"tanbihulghafilin". Kalau nak lebih menghayati bacalah sendiri... Halaman108-109.... Moga kisah ini bermanfaat untuk kita semua.....

Tuesday, April 19, 2011

~tanbihulghofilin~khas buat mereka yang tak dapat hadir.....

        Alhamdulillah hari ini Allah masih memberi kesempatan untuk mendengar "tanbihulghafili. "dari seorang syaikhah ini...Dikala diri ini berada di dalam kelalaian duniawi Allah menghantar seorang insan untuk memberi peringatan agar kembali ke pangkal jalan....hari ini suka untuk ana kongsi kisah yang ana dapat time dengar tazkirah petang tadi.....kisah ni sangat menarik...

      Seorang faqih menceritakan bahawa beliau mendengar ayahnya bercerita mengenai seorang nabi tetapi bukan daripada kalangan rasul.  Pada suatu malam ketika tidur nabi ini bermimpi,dan di dalam mimpinya baginda mendengar mendengar suara mengatakan:"jika kamu bangun nanti perkara pertama yang kamu jumpa hendaklah kamu memakannyaperkara yang kedua kamu jumpa hendaklah kamu menutupnya,perkara yang ketiga hendaklah kamu menerimanya,perkara keempat jangan kamu memutus asakannya dan yang kelima larilah kamu daripadanya....

       Maka apabila beliau terjaga daripada tidurnya perkara pertama yang beliau lihat ialah sebuah gunung yang besar dan berwarna hitam. Beliau tertanya-tanya di dalam hatinya bagaimana aku ingin  memakan gunung yang sebegini besar???Tapi oleh kerana itu adalah arahan daripada Allah maka beliau tetap mencuba untukmemakannya..Beliau pun melangkah ke arah bukit tersebut,semakin beliau mendekati semakin kecil bukit tersebut sehinggalah beliau bisa memakan bukit tersebut..Subhanallah apabila beliau memakan bukit tersebut 
rasanya sangat manis seperti madu.Selesai sudah tugas pertamanya.

           Kemudian beliau berjalan lagi dan terjumpa seketul emas.Seperti kebiasaan naluri manusia sukakan emas.Akan tetapi beliau teringat akan kata2 Allah agar beliau menutup perkara kedua yang dijumpai.Lantas beliau mengorek lubang dan menanam ketulanemas itu.Kemudian beliau berjalan,tiba-tiba ketulan emas itu terkeluar dari  tanah dan beliau menanamnya kembali.Namun ketulan emas itu kembali terkeluar Beliau terus berlalu meninggalkan ketulan emas itu.

        Kemudian beliau meneruskan perjalanannya kembali,tiba-tiba beliau terjumpa seekor burung kecil yang minta untuk diselamatkan.Burung itu menyorok di dalam lengan jubahnya.Dalam masa yang sama seekor burung besar datang kepadanya dan berkata"wahai nabi berikanlah burung itu kepadaku,ia adalah rezekiku pada hari ini..Andai engkau tidak memberikannya padaku maka tiadalah rezeki untukku pada hari ini..Nabi itu berfikir apa yang harus dilakukan kerana arahan ketiga beliau disuruh untuk menerima dan arahan keempat beliau tidak boleh memutus asakan sesiapa.Akhirnya baginda mengoyakkan sedikit dagingnya lantas diberikan kepada burung besar itu.Maka beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya.Beliau meneruskan lagi perjalanannya dan menjumpai seekor bangkai lantas baginda lari menjauhinya...Maka selesailah kelima-lima tugas baginda..
                                                                             
 
      

       Nak tahu apa hikmah kelima-lima arahan Allah ini???Jawapannya akan diberitahu kemudian...fikir-fikirlah dulu ye apa jawapannya......

p/s:sori post ni agak panjang.....ana tulis post ni khas untuk akhawat yang tidak sempat untuk menghadiri sesi tanbih pada hari ini.hehe.jangan ngantuk pulak ye baca panjang2 ni....ade sambungan lagi ni....(^_^)

Friday, April 15, 2011

ALHAMDULILLAH syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan.

Nikmat iman,nikmat islam,dan nikmat ukhuwwah...

Semalam berkesempatan menghadiri majlis ifthor bersama teman-teman sakan.Time tu rasa sangat gembira.

Terimbas memori masa kat asrama dulu.Rasa sangat sayang pada mereka semua macam keluarga sendiri.

Majlis tersebut bermula dengan solat maghrib,kemudian disambung dengan bacaan tahlil oleh adik H untuk bapa seorang kakak ni.

Suasana sedih menyelubungi,suram seketika.Tak dapat kubayangkan perasaan kakak tu..

Sesungguhnya Allahlah yang maha mengetahui....

Teringat suasana ketikamana saya mendapat tahu berita kematian ayah kakak tersebut.

Time tu kami semua sedang bersembang-sembang di dalam kelas.

Macam biasa kami(pelajar malaysia)dan kawan-kawan arab bergurau senda.

Tiba-tiba kakak tu datang dengan wajahnya yang sugul tapi agak tenang.

Dia memanggil kawan arab tu dan memberitahu sesuatu.

Kami masih lagi bersembang-sembang dan bergurau.

Tiba-tiba kawan arab tadi datang menyapa dan berkata"kamu masih ketawa sedangkan sahabat kita 
kematian ayahnya".

Masa tu rasa tersentak jantung ni..Suasana sunyi seketika,masing-masing terkelu,tiada satu kalam pun bisa 
diungkapkan.

Maka sedikit demi sedikit air mata menitis di pipi masing-masing...ada seorang sahabat ni 

berkata"sedihnya...kite rindu parents kite...huhu".

Begitulah nak diceritakan,setiap orang ada ujiannya.

Kita hidup ini memang untuk diuji.Itu memang janji Allah.

Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada kakak tersebut..

Kembali ke majlis ifthor tadi...selepas majlis tahlil kami dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah.

Antaranya kek batik,nasi ayam,karamel dan macam-macam lagi....

malam tu balik dengan perut kenyang.Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang diberikan...

Selepas makan dan bersembang sambil mengeratkan ukhuwwah,kami pun bersiap untuk pulang...

sambil menunggu teksi sempat lagi menyanyi lagu "sahabat" bersama ukhti-ukhti tercinta(ukhti I,E,N,A)..

semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya...sayang antunna semua!!!Bile berjauhan dengan keluarga 

sahabatlah yang bisa mngubati segalanya....TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN
 SAKAN YARMOUK nnt bolehlah jemput kami lagi ye..(^_^)




ukhuwahfillah abadan-abadan!!


bingka roti yang penuh kasih sayang


menu utama ifthor jamaie


penyatuan periuk menandakan penyatuan hati mereka...





(sedeynya kak I dah nak balik.....T_T...sape nak sambut nyanyian saya nanti...hehe)

bermalam di bayt fateh....bersama ukhti-ukhti tercinta...<3<3<3




Wednesday, April 6, 2011

imtihan fever~

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.Sedar-sedar dah nak habis exam kedua semester ni..

Alhamdulillah 3 paper dah lepas,tinggal lagi 2 paper untuk diselesaikan.Apa yang perlu dilakukan sekarang 

hanya bertawakal kepada Allah agar diberi keputusan yang terbaik.

Kadang-kadang dalam kesibukan kita dengan peperiksaan dunia,kite lupa akan hubungan kita dengan 

Allah..Sedangkan ditangan Allahlah terletak segala keputusan.Astaghfirullah,sama-sama kita muhasabah 

diri.Time peperiksaan nilah kita nak lihat perangai manusia yang sebenar-benarnya..Ada yang dah tak heran 

dengan orang lain,ada yang pentingkan diri,ada yang semakin kuat ibadahnya,dan pelbagai lagi ragam 

manusia...Banyak-banyak berdoa kepada Allah agar diikhlaskan hati untuk apa kita menuntut ilmu.Adakah

 sekadar untuk menjawab kertas peperiksaan???atau sekadar mengisi rutin harian???Sesuangguhnya sesuatu 

amal itu akan menjadi besar kerana niat dan begitulah sebaliknya...
.
Kepada sahabat sekalian sama-sama kita tajdid niat ye...

Semoga dengan ilmu yang kita sedang pelajari ini menambah kefahaman kita tentang islam..

Kita inginkan ilmu yang basah dan mampu membasahkan orang lain bukan hanya ilmu yang kering....



Thursday, March 24, 2011

analogi kuda perang.......

      Baru-baru ni ana sempat berteka-teki dengan seorang ukhti ni tentang surah A'diyyat..Di akhir permainan kami  
ukhti tu sharing tentang surah ni..Suka sangat perkongsian yang diberikan.So,ana letak post ni kat sini supaya orang lain boleh baca juga..Syukran ye ukhti atas perkongsian ini.....   


    kuda perang kita boleh analogikan sbg kita,tapi kita apa? kita murabbi lah kan,berlari kencang sampai termengah-mengah.macam tuh juga daie,akan mengah penat ,tapi kena ingat Rasulullah macam mana,pernah ke berhenti? 
Kisah perfi Taif,sangat down..
kisah khemah2 haji tahun 11 nubuwwah...mcm mana boleh dapat tarik org yathrib
Nak cakap,org madinah every year pergi haji kat makah ,tapi dorg tak terbukak hati dan rasulullah pun mnumpukan dakwah pada org mekah jek ...tapi sampai 11 nubuwah,lepas 10 tahun ,10 tahun baru allah bg pertolongan dgn 6org yathrib terima islam...dah di saat akhir,dah sangat genting baru allah turnkan pertolongan,nak show,Allah akan bg bila kita dah usaha sungguh-sungguh.


Percikan api-> kuda kena bersungguh baru berkesan.Hentak sekuat-kuatnya baru terpercik api kan? Camtuh juga kita kena tinggalkan kesan habis-habisan,kena tinggal kesan kat sesuatu tempat sebelum kita pergi kalau kita buat dakwah habis-habisan akan terperciklah api ,akan adalah kesan ,masyarakat sekeliling makin baik..

Kuda sentiasa bersedia...sebab waktu pagi2 ponboleh keluar. so die bersedia bila bila masa. kita? 

Terbangkan debu-debu. 
kena buat benda tuh sampai terasa kekotorannya[debu-debu] .Baru nampak work hard.Ikrimah Abu jahal,stp harta,jiwa,masa utk islam [even dia masuk islam lambat] 
Khalid tahan dia, dia serbu [perang yarmouk] ke tengah -tengah musuh.
Dapat cabaran jangan rasa lemah,inilah janji Allah, join jalan ini mmg dapat mehnah.Satu analogi ciri-ciri murabbi/daie utk muhasabah diri kita.Apabila kita cakap kita seorang daie,DAH JADI MACAM KUDA PERANG KE BELUM ?

alhmdlh....inilah sharing sket pasal tafsir Adiyat :)


bayt islah>sharing dari kakak A.....syukran kak...

Thursday, March 10, 2011

SAMPAIKANLAH!!

SAMPAIKANLAH??? 
 
ya nampak macam mudahkan???Sampaikanlah!!!Tapi hakikatnya ia bukanlah sesuatau yang mudah.

Semua orang boleh mendengar dan menerima tetapi tidak semua orang boleh menyampaikan.

Namun haruslah diingat dalam islam Rasulullah menyarankan umatnya supaya menyampaikan walaupon hanya

 dengan sepotong ayat.

Seperti sabda baginda"Sampaikanlah daripadaku walaupon hanya dengan sepotong ayat.Fikir dalam-dalam 

 adakah kita akan merasai nikmat islam pada hari ini tanpa penyampaian..

Yeah!!sudah tentu jawapannya tidak sama sekali!!

Jom kita ambil salah seorang sahabat sebagai contoh iaitu Abu Bakar As-siddiq,cuba imbas kembali apa yang

 beliau lakukan sejurus beliau memeluk islam.

Nak tahu???Beliau telah mengislamkan beberapa orang para sahabat.Betapa pentingnya menyampaikan 

sampai begitu sekali ye.

Kita yang dah lama berada dalam islam ni apa cerita ya???hehe..

Sepatutnya lagi ramai orang yang kita dah islamkan.Sama-sama kita muhasabah diri ye.

Maybe awal-awal rasa susah nak sampaikan tapi kita cuba dengan benda-benda kecil dahulu.

Kita cuba bercerita kepada orang sekeliling kita tentang apa sahaja yang kita tahu.Jangan biarkan ilmu yang 

kita ada terkepam tanpa disebarkan kepada orang lain.SELAMAT MENCUBA!!

Monday, February 21, 2011

bingkisan hati kecilku.....

ukhtiku,
daku sangat perlukan dirimu,
untuk mengingatkan daku di kala leka....

ukhtiku,
daku sangat memerlukan dirimu,
dikala aku berada di dalam kedukaan....

ukhtiku,
daku sangat memerlukan dirimu,
dikala aku kesepian....

ukhtiku,
aku sangat memerlukan dirimu,
untuk ku lepaskan segala rindu......

ukhtiku,
aku sangat memerlukan dirimu,
dikala aku tersungkur di jalan ini....

ukhtiku,
aku sangat memerlukan dirimu,
untuk melaksanakan amanah ini......

ukhtiku,
aku sangat memerlukan dirimu,
untuk memberi sokongan padaku.....

ukhtiku,
ingin aku ungkapkan di sini,
tanpamu hidup ini terasa sepi.....

ukhtiku,
andai diri ini tersungkur,
jadilah orang pertama yang akan menyambut tanganku,
bukan orang pertama yang menjauhkan diri dariku.....

ukhtiku,
moga ukhuwwah ini kekal selamanya,
dunia dan akhirat......

sungguh ya ukhti dirimu sangat bernilai buatku.....



bayt islah
mood:sunyi tanpa kakak2 tersayang(^_^)

Monday, February 14, 2011

kembalilah wahai SEMANGAT!!

     Bercakap sahaja tentang sejarah pasti ada sahaja  yang menunjukkan reaksi kebosanan.....

Darilah zaman sekolah rendah,sekolah menengah,sampailah ke universiti susah nak dijumpai mereka yang 

benar-benar berminat dengan SEJARAH...


Tetapi adakah kita sedar bahawa sejarahlah yang akan menentukan masa depan kita.

Seperti kata pepatah Kenyataan hari ini adalah mimpi semalam...

Kalau dikaji semula sejarah merupakan satu kehidupan yang sangat panjang dan akan berulang-ulang.Sebagai

 contoh yang boleh dibawa di sini penggunaan terompah dan kebaya.

Kedua-dua benda ini pernah menjadi satu trend ketika zaman nenek moyang kita dahulu tetapi cuba lihat 

zaman sekarang trend ini kembali semula cuma yang berbezanya dari segi kemodenan benda tersebut..

Akan tetapi asasnya tetap sama....Tak mustahil juga satu hari nanti kita akan menjadi sebahagian daripada 

sejarah.
         Entahlah tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni hati kecil ini sering  berkata:"kenapa apa yang terjadi 

zaman sekarang ni macam apa yang diceritakan dalam buku sejarah ye???".

Perang di sana sini,kebangkitan umat islam hampir seluruh dunia,dan macam-macam lagi.Adakah sejarah 

dahulu akan berulang???Persoalan yang kita sendiri boleh mencari jawapannya.

Yeah!!berfikir tentang sejarah ni membugah kembali semangatku untuk kembali memperjuangkan 

ISLAM,agama yang diwarisi dengan segala kepayahan dan pengorbanan.

Adakah kita hanya ingin melihat agama ini kembali bangkit sedangkan kita tidak menyumbang apa-apa pun...

Seperti yang dikatakan Imam Syahid Hassan Al -Banna"Islam itu pasti akan bangkit satu hari nanti tapi

 malulah ketika islam itu bangkit kita bergembira dengannya sedangkan kita tidak menyumbang apa-apa pun

 untuk kebangkitannya"....Sama-samalah kita koreksi diri...Buat sahabat seperjuangan sekalian ayuh 

bangkitlah!!Tiada lagi masa untuk bersenang-lenang,umat islam sekarang sedang ditindas!!



                                                            

                                     Buat sahabat perjuangan yang dikasihi!!

Wednesday, February 2, 2011

cuti....oh cuti...

Sekejapnya masa berlalu...pejam celik dah habis dah cuti sem...tapi walau macam mana pun rasa sangat puas kerana berjaya menghabiskan masa cuti dengan baik.

Antara benda-benda yang kami dah lakukan time cuti ni masak-masak bersama kakak-kakak tersayang.

Nak tau apa yang kami masak??sushi,kropok lekor,nasi tomato,roti canai,dan banyak lagi.

Di samping mengisi perut kami juga tidak terlupa untuk mengisi rohani dengan membaca kisah-kisah para 

sahabat..

Rasa sangat bersyukur sebab akhirnya dapat juga tahu dengan sedalam-dalamnya perjuangan para sahabat 

pada zaman dahulu demi menegakkan syahadatul haq di atas muka bumi ini.

Setiap petang kami duduk bersama dan mendengar kisah tentang perang dari kak zizi.Antaranya perang 

muktah,yarmouk,uhud,dan badar.

Kesemua peperangan mempamerkan semangat yang luar biasa di kalangan para sahabat dalam 

mempertahankan agama Allah.

Kami juga berkesempatan menziarahi maqam 3 sahabat yang gugur di dalam perang muktah iaitu Zaid bin 

harithah,Jaafar bin abi talib,dan Abdullah bin Rawahah.

Rasa sebak ketika mula-mula sampai ke maqam tersebut.Macam tak percaya pon ade!!

Orang yang selam ini kita hanya mendengar cerita tentangnya sudah ada di hadapan kita.

Time kami sedang melayan hiba  tiba-tiba seorang pak cik arab datang menyapa kami.Pak cik tu 

cakap:"bagilah salam kepada mereka,mereka mendengar salam yang kamu berikan,kerana sesungguhnya 

orang yang syahid itu tidak mati sebenarnya".

MashaAllah time tu memang dah tak terkata apa.Rasa sangat terharu!!

Pada keesokan harinya kami melawat ke benteng Salehuddin al ayyubi.

Walaupun percutian kami di sana hanya 2 hari tetapi apa yang kami dapat melebihi dari waktunya.Kami juga 

berkesempatan melawat tempat perang yarmouk.

Perang  yang diketuai oleh Khalid al walid.Apa Beliau merupakan seorang panglima yang sangat 

mantap.

Sehinggakan hampir kesemua peperangan yang diketuai beliau pasti akan mendapat kemenangan...

maka terjadilah satu peristiwa ketika perang ini,beliau mendapat perintah agar meletak jawatan dan digantikan dengan Abdullah bin Rawahah.kenapa???

kerana untuk merasioanalkan pemikiran manusia yang ketika itu sangat ta'asub dengan pemerintahan 

khalid.Walaupun sudah tidak berjawatan Khalid tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebaik-baiknya...

Di dalam peperangan ini juga beliau sempat mengislamkan seorang panglima.Erm sememangnya satu peribadi

 yang sangat MANTAP!!

Kami juga berkesempatan berukhuwwah dengan akhawat yang datang daripada russia.

Walaupon hanya berjumpa beberapa ketika kehangatannya masih terasa.

Bak kata seseorang di jalan ini kita mengenal ukhuwwah(ikatan simpul mati yang tak akan pernah 

putus)SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH!!

Seungguhnya memang susah nak diungkap betapa manisnya berada di jalan ini.Semoga kita sume terus thabat

 dan istiqomah.

 sushi aishiteru...sayang sume!!
bulatan ukhuwwah
 emm,sedapnye....
 makanan malaysia...hee~
 ummu qais
 inilah tempat rom dahulu...tinggal sejarah..
kawasan sejarah...
semoga ukhuwwah kita berkekalan....^_^

Wednesday, January 19, 2011

ukhuwwah fillah~

Alhamdulillah,akhirnya kembali berpeluang untuk menulis...huhu.Sebenarnya banyak je masa untuk menulis 

tapi tak dapat nak menulis.

Banyak je pengalaman nak dikongsi tp susah untuk diungkap.Erm,tak tau nak mula dari mana.

Takpelah nak citer pengalaman-pengalaman time cuti ni.Cuti ni terasa begitu pantas jika diisi dengan perkara yang menggembirakan.

Kami banyak menghabiskan masa bersama dengan kakak senior yang bakal pulang(huhu-sebak rasa hati ini).

Kadang-kadang rasa hati kecil ini berkata"kenape la tak kenal kakak-kakak ni dari dulu lagi..."

Tp itulah hakikatnya dalam kehidupan kita sebagai seorang daie,mane ade kite baru jumpe madu' untuk kali

 pertama kita dah boleh betul-betul mengenalinya.

Sejak hari pertama kami mula bercuti,sejak dari hari itulah memori-memori indah mula terlakar,.....Kalo nak cerita dari hari pertama memang sangat banyak,tak larat kot nak citer.....

Memang sangat seronok.Susah nak diungkapkan,hanya orang yang merasainya yang akan mengetahuinya..

Nak citer la sikit tentang perasaan ni waktu mula-mula cuti,rasa sedih sebab ramai orang akan melancong ke sana sini tp kami???huhu.

Tapi kami tahu pasti ada hikmahnya kami tidak ke mana-mana.

Dan hari ini kami telah melihat hikmah-hikmah tersebut sehingga terkeluar kata-kata dari bibir ini"best jugak ea tak pergi mana-mana"...hehe...

Tapi rasanya tanpa sahabat-sahabat di sisi tak seronok juga rasanya cuti ini...

Time kaseh ye ukhti zizi,ukhti syasya,ukhti ecan n ukhti mimi(hehe,jgn marah ye)...Tak lupe jugak kepada

 kakak comel lain yang tegar melayan kerenah kami.

Memang best la bersama

 kalian.Terubat sedikit hati yang lara akibat kerinduan.

Sume hari-hari berlalu dengan begitu indah sekali..Banya i'brah yang telah didapati daripada percutian kali 

ini..(^_^)

yeah!!sayang kalian sume....nak share kate-kate ini....


PERJUANGAN TAK PERNAH PUTUS KERANA DIIKAT DENGAN RANTAI IMAN,

MUJAHID TAK KESEORANGAN KERNA DIIKAT DENGAN RANTAI UKHUWWAH,

ISTIQOMAH DALAM PERJUANGAN SEBAGAI BUKTI KEIMANAN.....




Tuesday, January 4, 2011

Alhamdulillah rasa sangat bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan.Nikmat sahabat,nikmat 

tarbiyah,dan nikmat islam itu sendiri.Tp kadang-kadang kita lupa dengan segala nikmat yang telah 

diberikan..Aritu ade dengar satu pengisian dari seorang ustazah ni.Dia kata sebenarnya segala apa yang kita 

dapat di dunia ini hanya 1% sahaja daripada keseluruhan rahmat Allah..Lagi 99% rahmat Allah akan diberikan di

 hari Akhirat nanti kepada hamba-hambanya yang layak...MashaAllah!! nikmat yang terlalu banyak ini hanya 

satu peratus...betapa maha pengasih dan penyayang Allah kepada hamba-hambanya..Ya Allah berilah kekuatan 

dan keteguhan kepada hambamu ini untuk terus istiqomah dengan perjuangan di atas jalanmu....

*cuti-cuti ni rasa perlu kepada mujahadah yang sangat kuat...huhu

*terlalu lalai dengan nikmat yang diberikan...Astaghfirullah!!

*sahabat sekalian ayuh mulakan langkah pertama kita!!