Thursday, April 28, 2011

Buat insan  yang sudah sekian lama kurindui,

Seronok sangat lihat insan ini ceria pada hari ini,

Senyumannya menambah seri ukhuwwah kita semua,

Senyuman yang sudah lama dinantikan akhirnya sudah kembali lagi,

Walaupun pada zahirnya aku seperti tidak mengendahkanmu,

Namun jauh di sudut hatiku meronta agar kau yang dulu kembali semula...

Wahai adikku antara kita tidak pernah ada bezanya,

Setiap kita ada kelebihan masing-masing,

Kita saling melengkapi antara satu sama lain,

Usahlah engkau gusar akan kekuranganmu,

Kerna di mata kami kau punya kelebihan tersendiri,

Kususun sepuluh jari memohon kemaafan,

Atas segala khilaf selama ini,atas segala hak yang tak tertunai,

Sesungguhnya daku memang tidak berniat menyakitimu,

Kerna ku MENYAYANGIMU wahai adikku,

Kembalilah wahai dirimu yang dahulu,

Kita mulakan hidup yang baru....






mood: rindu + sayang......
bayt islah 8:15 p.m

Sunday, April 24, 2011

kisah hari ini..........

       Rasa sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan kami dengan seorang  insan yang teramat istimewa. Masih fresh di ingatan ketika first time jumpe insan ni.hee~ 
"macam garang je kakak ni".Walaupun time tu kakak tu tersenyum tetap nampak macam garang. Maybe sebab die berjawatan***** hehe.. Agaknyelah!! Padahal setiap kali berjumpa dengan kami dia mesti tersenyum...Namun hati kami tetap mengatakan dia garang... Adui... 
     
       Itu kisah dahulu. Time tu tak kenal lagi, sehinggalah satu malam tu kami bersama bagi sesi  "luahan hati". Barulah kami saling mengenali antara satu sama lain. Betullah kata pepatah melayu "tak kenal maka tak cinta". Bermula dari saat itu pertemuan kami bukan lagi pertemuan yang kosong tetapi pertemuan yang sangat bermakna. Rupa-rupanya di sebalik ketegasan wajahnya, beliau seorang yang penyayang, mudah mesra, dan suka berjenaka. 
       
       Dari hari ke hari simpulan ukhuwwah kami semakin kukuh diibaratkan seperti hydrogen yang bercantum dengan oxygen membentuk air... Sukar untuk dipisahkan.. Yeah!! nampaknya kami semua sudah jatuh hati dengan insan ini.. Betapa nikmatnya perasaan ukhuwwah ini!! Susah senang bisa bersama. Sedar tak sedar insan ini akan bersama kami lagi beberapa ketika sahaja di bumi jordan ini. Masa memang sangat mencemburui kita semua!! Terasa sekejap detik perkenalan ini. Walau bagaimanapun perjuangan akan tetap diteruskan. Jangan risau ye kak,kami akan sambung perjuangan akak di sini... Bertemu dan berpisah memang lumrah kehidupan...
       
       Persediaan yang teliti dan mantap harus disediakan bagi mengelakkan berlakunya "banjir besar "di airpot Queen Alia.hehe... Hari ini insan ini telah belanja kami makan "Golden Blue" di dalam jamia'h yarmouk. Inilah "Golden Blue"yang paling sedap yang pernah kami rasa. Sangat lain rasanya dengan yang sebelum ini... Tau-tau jelah kenape ye... TERIMA KASIH  banyak-banyak ye kak!! kenangan ini akan tersimpan kukuh di memori kami selamanya.Bak kata seseorang ni"nanti lepas ni, makan Golden Blue mesti ingat akak"....Walaupon kita bakal berjauhan namun hati kita tetap bersama selamanya....Sayang akak kerana Allah!!! 
       
        Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan kami dengan insan ini. Engkau peliharalah dia di mana sahaja dia berada,berilah kekuatan kepadanya untuk terus thabat di atas jalanmu, sesungguhnya kami amat menyayanginya... Ya Allah kekalkanlah kasih sayang ini hingga ke syurga ...



                                 semoga ukhuwwah kita berkekalan selamanya.........



p/s:sedeynya kakak2 dah nak balik .... rase macam nak duduk dengan mereka setiap masa je sekarang ni .... Ya Allah jadikanlah kami kuat dan tabah seperti kakak-kakak ini .... Semoga kami bisa menyambung perjuangan mereka di sini .....

Wednesday, April 20, 2011

sambungan kisah semalam......

         Setelah nabi tersebut selesai melaksanakan tugasnya maka baginda bertanya kepada Allah apa hikmah disebalik perkara yang baginda lakukan agar baginda bisa mendapat sesuatu pelajaran daripadanya...

Maka Allah pun menjawab persoalan baginda:

Perkara pertama: Bukit hitam yang dimaksudkan ialah kemarahan. Semakin kita menelan kemarahan, semakin kita akan merasai kemanisan atas kesabaran kita itu. Walaupun nampak susah untuk melakukannya tetapi kita mampu sebenarnya... Oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar ketika marah(^_^)

Perkara kedua: Harta karun yang ditanam tapi terkeluar kembali ialah analogi untuk amalan baik kita. Walaupun kita sentiasa cuba untuk tidak menunjuk-nunjuk(riak)kepada manusia lain, amalan itu tetap akan terzahir.. Sebagai contoh orang yang sentiasa berbuat baik akan dipandang dan dihormati orang walaupun dia tidak menunjuk-nunjuk, kerana kebaikan itu akan terzahir dengan sendirinya.

Perkara ketiga dan keempat: analogi burung kecil dan burung besar. Burung kecil itu diumpamakan sebagai amanah. Burung itu meminta agar nabi melindunginya daripada burung besar itu. Manakala burung  besar diumpamakan sebagai mereka yang meminta ditunaikan hajat/keperluan. Sebagai muslim kita hendaklah menjaga amanah dan tidak boleh sama sekali mengkhianatinya. Sebagai seorang muslim juga, kita hendaklah sedaya upaya menunaikan hajat sahabat kita. Jangan kita menjadikan mereka lebih berputus asa daripada rahmat Allah.. Cubalah lakukan yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita...

Perkara terakhir: bangkai itu ialah diumpamakan sebagai Ghibah(mengumpat). Maka hendaklah kita lari dan menjauhinya...


Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.....

sayang sahabat kerana Allah salah satu cara mencapai halawatul iman....


#Selesai sudah kisah ini.. Macam mana dengan tekaan anda semua??? hehe... Kisah ini dipetik daripada buku"tanbihulghafilin". Kalau nak lebih menghayati bacalah sendiri... Halaman108-109.... Moga kisah ini bermanfaat untuk kita semua.....

Tuesday, April 19, 2011

~tanbihulghofilin~khas buat mereka yang tak dapat hadir.....

        Alhamdulillah hari ini Allah masih memberi kesempatan untuk mendengar "tanbihulghafili. "dari seorang syaikhah ini...Dikala diri ini berada di dalam kelalaian duniawi Allah menghantar seorang insan untuk memberi peringatan agar kembali ke pangkal jalan....hari ini suka untuk ana kongsi kisah yang ana dapat time dengar tazkirah petang tadi.....kisah ni sangat menarik...

      Seorang faqih menceritakan bahawa beliau mendengar ayahnya bercerita mengenai seorang nabi tetapi bukan daripada kalangan rasul.  Pada suatu malam ketika tidur nabi ini bermimpi,dan di dalam mimpinya baginda mendengar mendengar suara mengatakan:"jika kamu bangun nanti perkara pertama yang kamu jumpa hendaklah kamu memakannyaperkara yang kedua kamu jumpa hendaklah kamu menutupnya,perkara yang ketiga hendaklah kamu menerimanya,perkara keempat jangan kamu memutus asakannya dan yang kelima larilah kamu daripadanya....

       Maka apabila beliau terjaga daripada tidurnya perkara pertama yang beliau lihat ialah sebuah gunung yang besar dan berwarna hitam. Beliau tertanya-tanya di dalam hatinya bagaimana aku ingin  memakan gunung yang sebegini besar???Tapi oleh kerana itu adalah arahan daripada Allah maka beliau tetap mencuba untukmemakannya..Beliau pun melangkah ke arah bukit tersebut,semakin beliau mendekati semakin kecil bukit tersebut sehinggalah beliau bisa memakan bukit tersebut..Subhanallah apabila beliau memakan bukit tersebut 
rasanya sangat manis seperti madu.Selesai sudah tugas pertamanya.

           Kemudian beliau berjalan lagi dan terjumpa seketul emas.Seperti kebiasaan naluri manusia sukakan emas.Akan tetapi beliau teringat akan kata2 Allah agar beliau menutup perkara kedua yang dijumpai.Lantas beliau mengorek lubang dan menanam ketulanemas itu.Kemudian beliau berjalan,tiba-tiba ketulan emas itu terkeluar dari  tanah dan beliau menanamnya kembali.Namun ketulan emas itu kembali terkeluar Beliau terus berlalu meninggalkan ketulan emas itu.

        Kemudian beliau meneruskan perjalanannya kembali,tiba-tiba beliau terjumpa seekor burung kecil yang minta untuk diselamatkan.Burung itu menyorok di dalam lengan jubahnya.Dalam masa yang sama seekor burung besar datang kepadanya dan berkata"wahai nabi berikanlah burung itu kepadaku,ia adalah rezekiku pada hari ini..Andai engkau tidak memberikannya padaku maka tiadalah rezeki untukku pada hari ini..Nabi itu berfikir apa yang harus dilakukan kerana arahan ketiga beliau disuruh untuk menerima dan arahan keempat beliau tidak boleh memutus asakan sesiapa.Akhirnya baginda mengoyakkan sedikit dagingnya lantas diberikan kepada burung besar itu.Maka beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya.Beliau meneruskan lagi perjalanannya dan menjumpai seekor bangkai lantas baginda lari menjauhinya...Maka selesailah kelima-lima tugas baginda..
                                                                             
 
      

       Nak tahu apa hikmah kelima-lima arahan Allah ini???Jawapannya akan diberitahu kemudian...fikir-fikirlah dulu ye apa jawapannya......

p/s:sori post ni agak panjang.....ana tulis post ni khas untuk akhawat yang tidak sempat untuk menghadiri sesi tanbih pada hari ini.hehe.jangan ngantuk pulak ye baca panjang2 ni....ade sambungan lagi ni....(^_^)

Friday, April 15, 2011

ALHAMDULILLAH syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberikan.

Nikmat iman,nikmat islam,dan nikmat ukhuwwah...

Semalam berkesempatan menghadiri majlis ifthor bersama teman-teman sakan.Time tu rasa sangat gembira.

Terimbas memori masa kat asrama dulu.Rasa sangat sayang pada mereka semua macam keluarga sendiri.

Majlis tersebut bermula dengan solat maghrib,kemudian disambung dengan bacaan tahlil oleh adik H untuk bapa seorang kakak ni.

Suasana sedih menyelubungi,suram seketika.Tak dapat kubayangkan perasaan kakak tu..

Sesungguhnya Allahlah yang maha mengetahui....

Teringat suasana ketikamana saya mendapat tahu berita kematian ayah kakak tersebut.

Time tu kami semua sedang bersembang-sembang di dalam kelas.

Macam biasa kami(pelajar malaysia)dan kawan-kawan arab bergurau senda.

Tiba-tiba kakak tu datang dengan wajahnya yang sugul tapi agak tenang.

Dia memanggil kawan arab tu dan memberitahu sesuatu.

Kami masih lagi bersembang-sembang dan bergurau.

Tiba-tiba kawan arab tadi datang menyapa dan berkata"kamu masih ketawa sedangkan sahabat kita 
kematian ayahnya".

Masa tu rasa tersentak jantung ni..Suasana sunyi seketika,masing-masing terkelu,tiada satu kalam pun bisa 
diungkapkan.

Maka sedikit demi sedikit air mata menitis di pipi masing-masing...ada seorang sahabat ni 

berkata"sedihnya...kite rindu parents kite...huhu".

Begitulah nak diceritakan,setiap orang ada ujiannya.

Kita hidup ini memang untuk diuji.Itu memang janji Allah.

Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada kakak tersebut..

Kembali ke majlis ifthor tadi...selepas majlis tahlil kami dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah.

Antaranya kek batik,nasi ayam,karamel dan macam-macam lagi....

malam tu balik dengan perut kenyang.Alhamdulillah atas nikmat rezeki yang diberikan...

Selepas makan dan bersembang sambil mengeratkan ukhuwwah,kami pun bersiap untuk pulang...

sambil menunggu teksi sempat lagi menyanyi lagu "sahabat" bersama ukhti-ukhti tercinta(ukhti I,E,N,A)..

semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya...sayang antunna semua!!!Bile berjauhan dengan keluarga 

sahabatlah yang bisa mngubati segalanya....TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN
 SAKAN YARMOUK nnt bolehlah jemput kami lagi ye..(^_^)




ukhuwahfillah abadan-abadan!!


bingka roti yang penuh kasih sayang


menu utama ifthor jamaie


penyatuan periuk menandakan penyatuan hati mereka...





(sedeynya kak I dah nak balik.....T_T...sape nak sambut nyanyian saya nanti...hehe)

bermalam di bayt fateh....bersama ukhti-ukhti tercinta...<3<3<3




Wednesday, April 6, 2011

imtihan fever~

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali.Sedar-sedar dah nak habis exam kedua semester ni..

Alhamdulillah 3 paper dah lepas,tinggal lagi 2 paper untuk diselesaikan.Apa yang perlu dilakukan sekarang 

hanya bertawakal kepada Allah agar diberi keputusan yang terbaik.

Kadang-kadang dalam kesibukan kita dengan peperiksaan dunia,kite lupa akan hubungan kita dengan 

Allah..Sedangkan ditangan Allahlah terletak segala keputusan.Astaghfirullah,sama-sama kita muhasabah 

diri.Time peperiksaan nilah kita nak lihat perangai manusia yang sebenar-benarnya..Ada yang dah tak heran 

dengan orang lain,ada yang pentingkan diri,ada yang semakin kuat ibadahnya,dan pelbagai lagi ragam 

manusia...Banyak-banyak berdoa kepada Allah agar diikhlaskan hati untuk apa kita menuntut ilmu.Adakah

 sekadar untuk menjawab kertas peperiksaan???atau sekadar mengisi rutin harian???Sesuangguhnya sesuatu 

amal itu akan menjadi besar kerana niat dan begitulah sebaliknya...
.
Kepada sahabat sekalian sama-sama kita tajdid niat ye...

Semoga dengan ilmu yang kita sedang pelajari ini menambah kefahaman kita tentang islam..

Kita inginkan ilmu yang basah dan mampu membasahkan orang lain bukan hanya ilmu yang kering....