Tuesday, September 27, 2011

Muhasabah dirimu....

Hidup ni tak selalunya ideal.Bak kata seorang ukhti ni, tak semua benda yang kita nak,kita akan dapat!! Memang kena selalu ingatkan diri ini. Selalu je nak yang sempurna tapi usaha tak sesuai dengan kehendak. Kita selalu memberi harapan yang tinggi untuk sesuatu perkara tu sedangkan Allah bukan melihat pada hasil tetapi pada usaha kita. Sekarang ni sedang berada dalam fatrah mencari peribadi-peribadi yang dapat bersama-sama memperjuangkan agama ini. Berusaha untuk memberi kefahaman dengan apa yang dipelajari sebelum ini. Semuanya bakal tercurah sedikit demi sedikit. Semoga ianya tercurah dengan baik dan mampu membasahi mereka juga. Andai kefahaman ini tidak dicurah dan dialirkan ia bisa membusuk dan tidak berguna lagi. Seperti perumpamaan arab"ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah". Kita ingin menjadi manusia "wajib" kepada manusia lain di mana ketika kita tiada dia akan merasai kehilangan dan ketika kita ada mereka akan merasa keperluan kita untuk mereka. Menjadi orang yang memberi manfaat kepada manusia lain. Kita tak nak menjadi manusia "makruh" yang jika tiada lebih baik dan jika ada tidak mendatangkan manfaat malah memburukkan keadaan. Sama-sama muhasabah diri dalam golongan manakah kita. Kadang-kadang kita selalu lupa apa matlamat sebenar kita. Memang betul manusia mudah lupa.Sebab tu kena tajdid(perbaharui)niat selalu. Kena selalu ingatkan diri,seperti kata muadz bin jabal"mari duduk beriman sejenak".Diri ini memang sentiasa perlu diingatkan agar tidak tersasar dari tujuan yang sebenar. Setiap hari kita perlu ada masa untuk muhasabah diri. Muhasabah ke mana perginya masa-masa kita setiap hari,ke mana harta kita belanjakan,ke mana tenaga kita disalurkan. MashaAllah!!sangat takut bila memikirkan persoalan-persoalan ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita setiap masa.Kasih sayang Allah itu lebih berharga daripada segalanya...


Bersatu dalam memikul beban dakwah mu.



Hanya redho Allah matlamat utama


Jangan pernah berhenti muhasabah diri.....
kemana masa kita pergi??
ke mana harta kita digunakan??
ke mana tenaga kita digunakan??


"SEMOGA SETIAP HEMBUSAN NAFAS KITA DINIATKAN KERANA ALLAH"




bayt islah,irbid
9.33p.m

1 comment:

qul hazihi sabiili said...

rindu.
Rindu.
Rindu.
Ukhuwah kita jauh melangkau benua.
Jauh melangkau suasana.
Jauh membelah suasana.
Jauh melebihi sempadan jemaah.
Kerana kita bertemu dulu sebelum berintima'.
Kerana kita telah berintima' dulu dgn aqidah!
Moga allah peliharamu ukhty!