Friday, March 1, 2013

Ahlul badr~

menyusuri kisah ahli badar, ahli furqan,
menguatkan ingatanku terhadap mereka,
kerinduan yang tidak pernah padam, malahan makin hari makin dalam,
jauh di sudut hatiku berazam untuk menjadi seperti mereka,
mereka yang pertama mendokong islam,
mereka yang bermati-matian pertahankan islam,
mereka yang menaikkan islam,
ketikamana ramai yang menjatuhkan islam,
mereka yang menjadi tulang belakang islam...

Ahlul badr,
kalian sangat hebat,
hebat di dunia,
hebat juga di akhirat,
jumlah yang sedikit tidak pernah mematahkan semangat kalian,
kerana keyakinan yang kuat bahawa Allah akan membantu segalanya..
ya!kalianlah hero dimataku....



bayt irsal,10.25 p.m


No comments: