Tuesday, April 19, 2011

~tanbihulghofilin~khas buat mereka yang tak dapat hadir.....

        Alhamdulillah hari ini Allah masih memberi kesempatan untuk mendengar "tanbihulghafili. "dari seorang syaikhah ini...Dikala diri ini berada di dalam kelalaian duniawi Allah menghantar seorang insan untuk memberi peringatan agar kembali ke pangkal jalan....hari ini suka untuk ana kongsi kisah yang ana dapat time dengar tazkirah petang tadi.....kisah ni sangat menarik...

      Seorang faqih menceritakan bahawa beliau mendengar ayahnya bercerita mengenai seorang nabi tetapi bukan daripada kalangan rasul.  Pada suatu malam ketika tidur nabi ini bermimpi,dan di dalam mimpinya baginda mendengar mendengar suara mengatakan:"jika kamu bangun nanti perkara pertama yang kamu jumpa hendaklah kamu memakannyaperkara yang kedua kamu jumpa hendaklah kamu menutupnya,perkara yang ketiga hendaklah kamu menerimanya,perkara keempat jangan kamu memutus asakannya dan yang kelima larilah kamu daripadanya....

       Maka apabila beliau terjaga daripada tidurnya perkara pertama yang beliau lihat ialah sebuah gunung yang besar dan berwarna hitam. Beliau tertanya-tanya di dalam hatinya bagaimana aku ingin  memakan gunung yang sebegini besar???Tapi oleh kerana itu adalah arahan daripada Allah maka beliau tetap mencuba untukmemakannya..Beliau pun melangkah ke arah bukit tersebut,semakin beliau mendekati semakin kecil bukit tersebut sehinggalah beliau bisa memakan bukit tersebut..Subhanallah apabila beliau memakan bukit tersebut 
rasanya sangat manis seperti madu.Selesai sudah tugas pertamanya.

           Kemudian beliau berjalan lagi dan terjumpa seketul emas.Seperti kebiasaan naluri manusia sukakan emas.Akan tetapi beliau teringat akan kata2 Allah agar beliau menutup perkara kedua yang dijumpai.Lantas beliau mengorek lubang dan menanam ketulanemas itu.Kemudian beliau berjalan,tiba-tiba ketulan emas itu terkeluar dari  tanah dan beliau menanamnya kembali.Namun ketulan emas itu kembali terkeluar Beliau terus berlalu meninggalkan ketulan emas itu.

        Kemudian beliau meneruskan perjalanannya kembali,tiba-tiba beliau terjumpa seekor burung kecil yang minta untuk diselamatkan.Burung itu menyorok di dalam lengan jubahnya.Dalam masa yang sama seekor burung besar datang kepadanya dan berkata"wahai nabi berikanlah burung itu kepadaku,ia adalah rezekiku pada hari ini..Andai engkau tidak memberikannya padaku maka tiadalah rezeki untukku pada hari ini..Nabi itu berfikir apa yang harus dilakukan kerana arahan ketiga beliau disuruh untuk menerima dan arahan keempat beliau tidak boleh memutus asakan sesiapa.Akhirnya baginda mengoyakkan sedikit dagingnya lantas diberikan kepada burung besar itu.Maka beliau telah berjaya melaksanakan tugasnya.Beliau meneruskan lagi perjalanannya dan menjumpai seekor bangkai lantas baginda lari menjauhinya...Maka selesailah kelima-lima tugas baginda..
                                                                             
 
      

       Nak tahu apa hikmah kelima-lima arahan Allah ini???Jawapannya akan diberitahu kemudian...fikir-fikirlah dulu ye apa jawapannya......

p/s:sori post ni agak panjang.....ana tulis post ni khas untuk akhawat yang tidak sempat untuk menghadiri sesi tanbih pada hari ini.hehe.jangan ngantuk pulak ye baca panjang2 ni....ade sambungan lagi ni....(^_^)

No comments: