Thursday, April 28, 2011

Buat insan  yang sudah sekian lama kurindui,

Seronok sangat lihat insan ini ceria pada hari ini,

Senyumannya menambah seri ukhuwwah kita semua,

Senyuman yang sudah lama dinantikan akhirnya sudah kembali lagi,

Walaupun pada zahirnya aku seperti tidak mengendahkanmu,

Namun jauh di sudut hatiku meronta agar kau yang dulu kembali semula...

Wahai adikku antara kita tidak pernah ada bezanya,

Setiap kita ada kelebihan masing-masing,

Kita saling melengkapi antara satu sama lain,

Usahlah engkau gusar akan kekuranganmu,

Kerna di mata kami kau punya kelebihan tersendiri,

Kususun sepuluh jari memohon kemaafan,

Atas segala khilaf selama ini,atas segala hak yang tak tertunai,

Sesungguhnya daku memang tidak berniat menyakitimu,

Kerna ku MENYAYANGIMU wahai adikku,

Kembalilah wahai dirimu yang dahulu,

Kita mulakan hidup yang baru....






mood: rindu + sayang......
bayt islah 8:15 p.m

2 comments:

Anonymous said...

wahai kakak ku yang sangat ceria ni.. :p terima kasih.. insyaAllah.. masih dalam proses membersih kan hati yang kotor ni.. tolong pegang tgn myra dikala myra kelalaian ! sgt memerlukan semangat + sokongan terutamanya dari antunna semua :)
tima kaseh kerana memahami diri ini :)

arwa salsabila said...

same2 wahai adikku yang sudah kembali ceria juga...InsyaAllah akan cube menjadi kakak yang baik dan tidak mengabaikan adiknya...hee~saling mengingatkan antara satu sama lain ye....sayang mira!!!