Wednesday, April 20, 2011

sambungan kisah semalam......

         Setelah nabi tersebut selesai melaksanakan tugasnya maka baginda bertanya kepada Allah apa hikmah disebalik perkara yang baginda lakukan agar baginda bisa mendapat sesuatu pelajaran daripadanya...

Maka Allah pun menjawab persoalan baginda:

Perkara pertama: Bukit hitam yang dimaksudkan ialah kemarahan. Semakin kita menelan kemarahan, semakin kita akan merasai kemanisan atas kesabaran kita itu. Walaupun nampak susah untuk melakukannya tetapi kita mampu sebenarnya... Oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar ketika marah(^_^)

Perkara kedua: Harta karun yang ditanam tapi terkeluar kembali ialah analogi untuk amalan baik kita. Walaupun kita sentiasa cuba untuk tidak menunjuk-nunjuk(riak)kepada manusia lain, amalan itu tetap akan terzahir.. Sebagai contoh orang yang sentiasa berbuat baik akan dipandang dan dihormati orang walaupun dia tidak menunjuk-nunjuk, kerana kebaikan itu akan terzahir dengan sendirinya.

Perkara ketiga dan keempat: analogi burung kecil dan burung besar. Burung kecil itu diumpamakan sebagai amanah. Burung itu meminta agar nabi melindunginya daripada burung besar itu. Manakala burung  besar diumpamakan sebagai mereka yang meminta ditunaikan hajat/keperluan. Sebagai muslim kita hendaklah menjaga amanah dan tidak boleh sama sekali mengkhianatinya. Sebagai seorang muslim juga, kita hendaklah sedaya upaya menunaikan hajat sahabat kita. Jangan kita menjadikan mereka lebih berputus asa daripada rahmat Allah.. Cubalah lakukan yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita...

Perkara terakhir: bangkai itu ialah diumpamakan sebagai Ghibah(mengumpat). Maka hendaklah kita lari dan menjauhinya...


Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.....

sayang sahabat kerana Allah salah satu cara mencapai halawatul iman....


#Selesai sudah kisah ini.. Macam mana dengan tekaan anda semua??? hehe... Kisah ini dipetik daripada buku"tanbihulghafilin". Kalau nak lebih menghayati bacalah sendiri... Halaman108-109.... Moga kisah ini bermanfaat untuk kita semua.....

1 comment:

Aliyah Al~Istiqamah said...

cantiknya analogi yang Allah berikan pada nabinya =)