Tuesday, December 7, 2010

sume manusia pasti akan mati~

Tadi sempat bersembag-sembang dengan kakak serumah.Dia bagitau yang kawan dia baru meninggal 

semalam sebab terlibat dengan kemalangan.Saya terdiam dan berkata dalam hati"memang mati tu akan datang

 bila-bila masa".Tak kiralah orang tu muda ke tua..Fuhh!!Takut rasenye!!Tetiba saya teringat satu kisah benar

ni.Kisah ni berlaku semasa saya dan keluarga berada di sudan....

Satu hari ini, ade pelajar malaysia buat openhouse sempena mereka baru berpindah ke rumah baru.Diorang 

buat  jamuan ni sempena doa kesyukuran pindah kat umah baru.Maka nak dijadikan cerita mereka sangat 

penat dan tidur awal pada hari itu.Maka tanpa disangka-sangka adalah seorang pencuri  ni dah merancang 

nak pecah masuk rumah diorang ni...Memang kena pada masanya...Barang-barang mereka pon still 

berpacking sebab mereka belum sempat berkemas.Maka si pencuri ni pon memulakan kerjanya.Dia ambil 

bungkus-bungkusan itu dan mencampakkan ke luar pagar.Sedang dia sibuk melakukan tugas-tugasnya..Tiba-

tiba,adelah pelajar malaysia ni terjaga.Apa lagi terkejut beruklah si pencuri ni.Dia pon terus berlari dan panjat

 pagar untuk melepaskan diri.Akan tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya..Tahu tak ape terjadi???

Pencuri itu mati di atas pagar!!Innalillahiwainnailaihirajiu'n.Suasana sangat kecoh ketika itu.Polis dan ambulan

 bergegas ke tempat kejadian.Akhirnya 3 orang pelajar malaysia diberkas untuk siasatan lanjut(kerana cap

 tangan mereka ada pada badan mayat).Setelah bedah siasat dilakukan pencuri itu disahkan mati kerana 

masalah jantung..Cerita ini sangat menginsafkan saya....memang kematian tu akan datang tanpa mengira masa

 dan tempat.....Astaghfirullah,sama2lah kita muhasabah diri....(ini adalah kisah benar)

No comments: